.

SINDIKET KAEDAH PENCURI AGEN TOP UP DIDEDAHKAN!

Sebelum ini penulis ada membuat beberapa artikel berkenaan penipuan secara atas talian. Kali ini pendedahan sindiket tipu duit ini berkaitan agen jual top up. Bukan agen itu mencuri, tetapi agen jual top up itu ditipu oleh individu yang tidak bertanggung jawab. 

Artikel : 







Ada sindiket menipu untuk mencuri, orang yang tak dikenali membuat kerja-kerja haram ini. Antara kaedah yang digunakan untuk mencuri adalah seperti berikut:




  1. Menyamar sebagai rakan palsu untuk meminta top up, kemudian tidak membayarnya. Agen tidak mengenali orang itu, call pula tidak angkat, menggunakan nama rakan untuk meminta top up yang tidak akan dibayar. Hasilnya agen bergaduh atau bermasam muka untuk mendapatkan bayaran daripada rakannya sedangkan rakannya tidak meminta top up pun.
  2. Mendapatkan maklumat downline agen top up. Dengan menyamar sebagai server yang akan menaik taraf kepada server yang baru, maka segala id agen dan downline akan terdedah. Dengan me login masuk ke dalam sistem secara atas talian, nombor talipon yang pernah berurusan sama ada untuk mendapat top up atau pun mendapatkan modal akan diperolehi. Kemudian, dengan menggunakan nombor talipon lain yang didaftarkan menggunakan identiti palsu akan meminta top up atau pun modal dengan menggunakan nama downline atau pelanggan. Jika agen membuat panggilan, pasti pencuri ini tidak akan menjawab panggilan. Antara habit yang dikesan, pencuri ini secara paksa akan mendesak untuk mempercepatkan proses transaksi tersebut.
  3. Menyamar sebagai pelanggan yang ingin mendaftar agen top up. Pencuri akan membuat mesej transaksi bank palsu menyatakan duit sudah transfer atau bank in. Maka jika agen top up tidak menyemak rekod transaksi tersebut, maka pencuri itu telah pun memperdayakan untuk mendapatkan modal.
  4. Memperdaya agen lain dengan menyamar menjadi server untuk menawarkan hadiah yang tak masuk akal. Dengan menggunakan nama syarikat agen top upmendesak untuk menyuruh agen memasukkan duit ke dalam akaun syarikat lain. Selepas mendapat butiran transaksi, pencuri akan menghantar mesej ke syarikat lain itu untuk menuntut modal. Kesannya sangat besar, agen top up yang terpedaya itu tidak mendapat apa-apa tawaran pencuri bahkan duit modalnya juga lesap. Maka ada agen top up yang kurang teliti akan menyerang si pemilik nombor akaun tersebut, ada juga yang membuat laporan polis atas nama pemilik nombor akaun tersebut. Pencuri yang sangat licik itu sudah pasti mendaftar kepada syarikat lain itu sebelum ini untuk mendapatkan modal.
  5. Perihal yang sangat teliti, pencuri itu tidak akan mendedahkan butiran peribadi sendiri untuk mendaftar kepada mana-mana syarikat top up. Dengan menggunakan maklumat peribadi orang lain sama ada untuk mendaftar dan sebagainya, maka orang lain yang mungkin menjadi mangsa keadaan akan diserang oleh mangsa si pencuri itu.
  6. Mungkin ada yang hairan macam mana pencuri itu boleh tahu nama rakan kita yang pernah menjadi pelanggan agen top up. Dengan login masuk ke dalam sistem secara atas talian, mana-mana agen top up yang tidak menukar nombor pin default kepada nombor pin baru, dengan mudah si pencuri itu mendapatkan semua nombor talipon pelanggan dan downline agen top up. Juga dengan copy paste ke semua nombor talipon ke google, maka dengan mudah untuk mendapatkan nama si pemilik nombor talipon. Nama ini adalah terhad kepada pemilik nombor talipon yang pernah memuat naik maklumat ke internet. Mungkin juga pernah berniaga di internet dan sebagainya. Agen top up akan meneruskan transaksi top up dengan andaian rakannya kehabisan top up untuk menghantar mesej menggunakan nombor peribadi sendiri. Sungguh licik si pencuri ini!
  7. Bagaimana nombor talipon si pencuri ini tidak dapat dikesan oleh syarikat telekomunikasi siapa pemiliknya? Sekarang ini, untuk mendaftar nombor baru, tidak memerlukan urusan yang sukar, sungguh mudah, hanya memerlukan Nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir dan alamat, jika warga luar negara nombor pasport diperlukan sudah boleh mendaftar! Pendaftaran boleh dilakukan kepada kedai pengedar dan juga agen sim kad. Tanpa melihat kad pengenalan sebenar juga sudah boleh mendaftar. Si pencuri ini menggunakan maklumat palsu! Liciknya...
  8. Oleh itu, Hanif nak nasihatkan kepada semuar pembaca agar mengambil satu langkah berjaga-jaga supaya tidak mendedahkan maklumat secara berleluasa dengan memuat naik ke internet, maklumat seperti nama penuh atau nama sebenar, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, alamat dan lain-lain maklumat. Supaya maklumat kita semua tidak dimanipulasikan oleh si pencuri ini kerana kesannya sangat besar, mungkin kita akan dipersalahkan atas satu-satu kes jenayah yang bukan kita yang buat. Pastikan urusan niaga kita adalah secara tunai. Budaya hutang ini perlu dikawal supaya kita tidak terjerat. Panggilan untuk pengesahan adalah tersangat penting. 
  9. Hanif harap informasi ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada penjual dan pembeli secara atas talian. Jika anda rasakan artikel ini sangat berguna, sila copy paste ke blog anda tanpa meninggalkan url link asal daripada blog hanif menhad. Hebahkan juga di laman web sosial lain seperti FB, Tweeter dan lain-lain.

Sekian

No comments:

Post a Comment