.

Wednesday, September 26, 2018

Silap Jalan Sesal Selamanya


Silap Jalan Sesal Selamanya

 

Seorang remaja yang hidup terbeban dalam tekanan keluarga terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah. Namun terselamat selepas dinasihati rakan baiknya.  Bagus lah remaja ni terselamat dari gejala dadah berpunca dari masalah keluarga. Ramai lagi remaja di luar sana disebabkan kejahilan mereka terjebak dengan gejala malang ini.

Semasa pembikinan video ni, semasa brainstorming ada seorang pelajar mention berkenaan ada remaja yg belajar terutama di universiti yang disebabkan kejahilan ramai yang tersalah langkah mengambil dadah jenis ice (syabu) kerana mitos yang berkeliaran di dalam kelompok remaja.
Mitosnya ialah untuk 'stay up' bangun malam terus menerus tanpa tidur, maka dapat siapkan assignment.

Namun selepas setahun lebih video itu publish di youtube, maka ditakdirkan berjumpa dengan remaja seperti ini.
Ringkasnya, berprogram sama keluar dakwah dan tabligh bersama selama 3 hari. Ciri-ciri yang dapat saya simpulkan di sini iaitu apabila berbual dan berbincang, point idea nya ialah melompat lompat. Belum habis tajuk ini sudah melompat ke tajuk lain. Cakap memang nampak seperti gentelmen, seakan menyakinkan tapi itulah yang dapat digambarkan pengambilan dadah jenis sentetik ini menyebabkan kecacatan otak kekal mengikut kekuatan (dos) dan kekerapan pengambilan.

Ceritanya semasa belajar diperingkat ijazah dalam menyempurnakan tugasan dan tesis projek akhir, mengunakan ice untuk stay up tak tidur tiga hari dapatlah menyiapkan tugasan.  Namun, dipanggil pensyarah dan assignmemt dilempar ke muka. Kata pensyarah, laporan tulisan asaignment macam cerita budak sekolah rendah.
Akhirnya, tidak habis belajar. Berhenti sambil menanggung hutang ptptn. Bebanan ditanggung akibat kejahilan dek kerana mitos ice boleh bantu selesaikan masalah.


Laporan ini, walaupun ada yang mengaku terlibat dengan dadah ganja dan ice, namun, kesan jangka panjang selepas itu hanya orang lain sahaja dapat kesan, bukan empunya diri. Ada kes yang saya tahu, penagih dadah jenis ice syabu yang sudah berkeluarga, bila marah pada anak-anak senang-senang sahaja bagi penampar di muka dan belasah tanpa belas kasihan pada anak kandung sendiri sehingga isterinya minta cerai dan dalam proses. Sifat marah amarah si penagih dadah dan orang disekelilingnya perlu sabar lebih. Hanya orang yang mengalaminya sahaja faham perkara ini sedangkan penagih ni fikirnya mahu orang sekeliling fahami dia!
Kita lihat video Ust Ebit Liew bagaimana fikir orang yang diinterview supaya kita perlu memahami mereka. Mereka sedang bertarung dengan diri dan hawa nafsu yang sedang mahu ditundukkan. Jika si penagih dadah mahu kita fahami mereka, berapa lama dan tinggi kesabaran orang sekeliling? Padahal orang yang mengambil dadah jenis sintetik terdedah dengan kecacatan otak kekal.

Akhir sekali, apa yang dapat saya simpulkan marilah kita semua kembalilah pada Allah, hanya Allah Maha penyelesai masalah kita semua. Masalah dunia dan akhirat.

Hanif Menhad
26 September 2018
Rabu malam Khamis
17 Muharam 1440H

Sunday, July 1, 2018

TELEGRAM



PERKARA WAJIB YANG ANDA PERLU TAHU BERKENAAN APLIKASI TELEGRAM

Ada yang masih belum maklum bagaimana tanpa clear history group di telegram pun boleh menyelamatkan memory phone.

Caranya ialah:

1. delete samada video, documents, photo dari folder manager folder namanya telegram. select all dan padam. jangan risau tidak dapat retrieve semula video dan bahan-bahan serta gambar-gambar kerana boleh sahaja pergi ke bahagian search di telegram download semula (fungsi ini tiada di whatsapp jika sudah padam). Biasanya yang belum buat cara ini sejak dahulu, bahagian folder telegram photo akan ada beribu gambar. delete semuanya utk menyelamatkan memory phone. tidak perlu clear history mahupun leave group telegram. jika tidak mahu dengar bunyi notifocation, boleh sahaja disable notification.

2. perkara ini wajib dilakukan untuk mengelakkan memory full, tiada kene mengena dengan samada supergroup mahupun normal group juga akan effect perkara ini iaitu memory full, pada settings -> data and storage, pilih pada automatic download media, sila offkan.



ADAKAH SUPERGROUP TELEGRAM MENYEBABKAN SMARTPHONE JADI HANG?

Supergorup bukan penyebab handphone jadi slow atau hang. Its cloud based. Semua simpan secara cloud. Teknologi semakin canggih. Tidak perlu risau.  Kecanggihan teknologi dan akhirnya semua akan boleh terima.

Sama seperti yg tidak mahu smartphone akhirnya sangat memerlukan smartphone. Bukan teknologi itu yg salah. Tapi cara kita menguruskan teknologi itu yg penting. Anda boleh tap/ press the name of group (or supergroup) and hold on until DELETE FROM CACHE muncul dan boleh click untuk menghilangkan beban pada smartphone masing2.

Satu lagi, bukan sahaja supergroup yg menyebabkan hang jika tidak diurus dengan betul. Normal group pun boleh menyebabkan handphone hang disebabkan media auto download, ia akan menyebabkan storage phone berkurangan dan hang. Tiada kene mengena dengan supergroup. Untuk itu boleh pergi ke
1. settings-
2. data and storage-
dan
3. pilih auto download media kepada off.
Jika tidak jumpa fungsi ini sila
update telegram anda di playstore dan setelah selesai update ulang langkah 1-3

Jika tidak mahu unwanted message kelihatan, ia tidak mengapa sebab ia cloud based. Tidak mempengaruhi storage phone. Dan peranan ahli untuk menghantar message yg penting sahaja berbanding mesage yg tidak berkaitan. Dan tuan punya message boleh dipadam sendiri berbanding mesage orang lain tak boleh (hanya admin boleh padam mesage ahli).

Banyak kelebihan supergroup berbanding normal group sebenarnya, cuma kita belum tahu fungsinya.

Dengan telegram, ia lebih smooth berbanding whatsapp disebabkan cloud based and its algorithm. Even better.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...