.

TEKS LENGKAP PENGACARA MAJLIS: SAMBUTAN MAULIDURRASUL


Tajuk Artikel Lain berkaitan:

1. TEKS LENGKAP PENGACARA MAJLIS: PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA
2. BROSUR DAN PAMPLET UNTUK PROGRAM SEKOLAH MALAYSIA


Berikut adalah teks pengacara majlis, mc untuk majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah menengah dan rendah. Contoh teks terbaik dan lengkap dari mula program sehingga akhir penutup. Juga sesuai diubahsuai untuk program sambutan lain dan juga peringkat daerah serta kebangsaan.

Bismillah Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...
RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULI...

***

Sayang selasih berisi minyak, 
Bunga cengkih di atas jerami; 
Terima kasih banyak-banyak, 
Sudi datang ke majlis kami. 

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Mengumumkan, ketibaan Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Labis,  Yang berbahagia Penceramah Kita Pada Kali ini. Juga Yang dihormati YDP PIBG SMK Labis.

***

Melayang serindit di atas permatang, 
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang, 
Awal BismilLah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

Yang Berusaha __________________, Pengetua SMK Labis. 

Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz __________________ selaku tuan penceramah kita pada hari ini. 

Yang berbahagia, YDP PIBG, __________________ .

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan SMK Labis. 

Yang dihormati __________________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Labis. 

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Pra-Universiti. 

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Pendidikan Khas. 

Barisan Guru Kanan Bidang Matapelajaran, 

__________________Penyelaras Program, 

Rakan-rakan Guru, Staf-staf sokongan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Serta semua pelajar SMK Labis Yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum w.b.t.

***

Sarung ketupat berisi inti, 
Dibawa budak sambil berlari, 
Kehadiran semua sangat dihargai, 
Moga Majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat, 
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat, 
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Zikir Munajat Pembersih jiwa... Doa dipohon menjana taqwa...

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-Fadhil USTAZ __________________ untuk memimpin bacaan asmaul husna, zikir munajat dan seterusnya membacakan doa. Dipersilakan.

Aamiin, ya robbal ‘aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada __________________ atas pimpinan bacaan asmaul husna, zikir munajat dan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Nyatakan tujuan dan matlamat majlis hari ini. 
Hari ini bertarikh __________________ kita berhimpun bagi tujuan sambutan Maulidurrasul peringkat SMK Labis bagi tahun 2013M bersamaan 1434H. Majlis untuk mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. Tema pada tahun ini adalah __________________

Boleh juga diselitkan beberapa info berkenaan maulidurrasul dan sebagainya. 

Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.

***

Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,

Marilah kita bersama-sama untuk menghayati BACAAN AYAT SUCI ALQURAN yang akan disampaikan oleh Saudara __________________ . Ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan daripada surah __________________ bermula ayat _______ hingga ayat _______ atau surah apa?

Shodakollahul ‘azim...

Indahnya ayat al-Quran yang telah diperdengarkan tadi. Setinggi penghargaan kepada saudara Suhaimi atas komitmen bacaan al-Quran itu tadi.

***

UCAPAN PENGETUA

Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada __________________, Pengetua SMK Labis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan Pengetua

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan dan amanat. Di harapkan segala yang disampaikan dapat kita ambil pengajarannya.

***

BERZANJI, MARHABAN SERTA SELAWAT

***

PERSEMBAHAN PELAJAR

***

CERAMAH

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Berkat rimbunnya si pokok jati,
Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu

PESANAN: Semua hadirin sediakan buku catatan untuk mencatat ilmu yang akan disampaikan. Akan ada kuiz spontan di akhir ceramah nanti.

Sedikit latar belakang tuan penceramah.

Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, pagi ini akan diteruskan dengan ceramah maulidur rasul yang bertemakan “Wasatiyyah tonggak kesatuan ummah’’ yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz __________________.

Majlis dengan ta’zimnya mempersilakan.

Ceramah.

Terima kasih diucapkan kepada __________________ atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan dapat sama-sama kita amal dan sampaikan kepada orang lain.

Bintang-bintang terbit pagi,
Di selaput oleh awan putih,
Tuan sudi datang kemari,
Salam dihulur penuh kasih.

KUIZ SPONTAN

Dijemput Ustaz untuk menyampaikan hadiah kepada yang menjawab dengan tepat.

PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAHATI

Hadirin dan hadirat sekalian,Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati. Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan mempersilakan __________________ (Penolong Kanan 1), untuk mengiringi __________________ (Pengetua), dipersilakan. 

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha __________________ (Pengetua) di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi. 

Seterusnya, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan (nasyid, hakim pertandingan dan lain-lain).

Majlis menjemput  dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi YDP PIBG __________________ , untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Terima kasih, syukran jazilan yang berbahagia ustaz atas kesudian bertandang ke SMK Labis.

PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepadasemua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur danucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Labis.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli, 
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Dijemput kepada semua tetamu VIP untuk menikmati jamuan hidangan di kantin sekolah, dipersilakan.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al  ‘Asr.




==================================================================

No comments:

Post a Comment