.

[SOLVED] HOW TO FORMAT FLASH DRIVE FROM EXFAT TO FAT32

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Baru-baru ni Hanif ada beli satu jenis flash drive yang mempunyai spesifikasi yang agak luar biasa. Dari segi luaran memang nampak macam biasa. Tapi rupanya mempunyai spesifikasi dalaman yang agak berbeza dengan flash drive yang lain. Masalah yang dihadapi adalah fail yang mempunyai saiz tertentu (mungkin yang besar) akan menjadi corrupt (rosak) apabila dipindahkan datanya.

Punya lah nak cari macam mana cara nak format flash drive. Alhamdulillah setelah 1 jam mencari penyelesaiannya ada di sini [klik di sini] atau boleh juga [direct download di sini, 72.0 kb].

[UPDATED] Mari Mengenali Storan USB Tiruan

Apa perbezaan NTFS, FAT32 dan exFAT?


KELEBIHAN FAT32

Fail sistem FAT32 cukup dikenali bagi pengguna windows, khususnya windows ME kebawah. Fail sistem ini bekerja dengan menempatkan fail dalam tabel-tabel yang telah diindeks dan dikenali sebagai File Allocation Table (FAT). Fail sistem ini pun memiliki berbagai versi iaitu FAT, FAT16, FAT32 dan FAT64 (exFAT). FAT64 atau disebut extended FAT (exFAT) adalah versi terbaru dari pengembangan filesistem FAT. Filesistem exFAT ini muncul di service pack pertama windows vista.

Fail sistem FAT32 memiliki kelebihan iaitu prestasi yang cukup baik untuk mengendalikan kapasiti hardisk yang tidak terlalu besar. Misalnya untuk partition hardisk yang kecil, prestasi FAT32 lebih baik jika dibandingkan dengan NTFS, benarkah?

Entahlah, saya tidak dapat memastikannya tanpa dilakukanya pengujian. Kelebihan lain adalah kompatibiliti/ kesesuaian terhadap data dan software.

Yang jelasnya, hampir semua sistem operasi (microsoft mahupun non-microsoft) mampu melakukan read-write terhadap partition FAT32. FAT32 merupakan fail sistem ideal untuk sistem operasi windows 9x dan windows ME.

KEKURANGAN FAT32

Kekurangan yang paling menonjol bagi fail sistem FAT32 ini adalah kekanganan kapasiti besar (atas 32GB). Kononnya, prestasi FAT32 kurang baik untuk menangani kapasiti besar, bahkan sistem operasi windows membatasi besaran partition maksimum untuk fail sistem FAT32 hingga 32gb sahaja.

FAT32 juga memiliki kekurangan untuk mengurus dengan baik. FAT32 tidak memiliki bentuk enkripsi data. Sekarang ini, enkripsi data cukup penting agar data tidak jatuh ke tangan yang tidak berhak. FAT32 juga memiliki kelemahan yang cukup fatal bagi orang yang setiap hari berkecimpung dengan fail berskala besar, misal seorang editor video.

Mengapa? Fail sistem FAT32 tidak mampu menampung single file berukuran 4gb atau lebih. Tidak hanya itu, ada yang berpendapat bahwa fail sistem FAT32 ini lebih mudah terfragmentasi dibanding NTFS, jika fragmentasi meningkat, tentu prestasinya akan turun.

Ada juga pendapat bahawa fail sistem FAT32 kurang baik untuk digunakan instalasi windows yang berasaskan NT. Bahkan, ada yang mengeluh windows xp hanya bekerja tidak maksimum karena partition tempat windows xp dipasang menggunakan FAT32. Benar atau tidak pendapat ini, saya kurang tahu.

KELEBIHAN NTFS

NTFS (New Technology File System) adalah fail sistem default untuk windows NT. File sistem ini memiliki sejumlah kelebihan dalam menangani partition dengan kapasiti besar. NTFS ini juga memperhatikan soal keamanan karena dilengkapi dengan bentuk enkripsi data.

Selain itu, NTFS memiliki bentuk disk compression untuk menyusun space hardisk. Ada yang berpendapat, jika bentuk disk compression diaktifkan, maka performa akan menurun. NTFS merupakan journaling file sistem, iaitu mencatat maklumat mengenai fail yang ada, jika ada fail rosak/ hilang, akan lebih mudah untuk perbaikanya.

Kelebihan lain NTFS adalah kecepatan random access terhadap file yang terdapat di dalamnya, karena NTFS memiliki bentuk indexing yang baik, hal ini menguntungkan jika pengguna sering melakukan searching file dibanding FAT32. File sistem ini ideal untuk sistem operasi windows yang berasaskan NT (windows 2000 keatas). Biasanya, sistem operasi yang berbasaskan windows NT akan bekerja dengan lebih cepat dan lebih stabil menggunakan partition NTFS ini.

KEKURANGAN NTFS

Kekurangan NTFS yang sering dibincangkan adalah kompatibiliti terhadap software atau operating sistem seperti win 9x dan ME. Sistem operasi lama milik microsoft ini tidak mampu membaca file sistem NTFS.

Selain itu, ada yang menilai bahwa fail sistem NTFS ini tidak universal, karena OS selain microsoft tidak mampu melakukan read-write pada partition NTFS, namun hal ini sudah diselesaikan. Diselesaikan? Ya, distro linux telah mampu melakukan read-write file sistem NTFS dengan modul ntfs-3g.

Ada juga yang berpendapat bahwa partisi berfail sistem NTFS akan susah diperbaiki jika terjadi masalah, benarkah? Dahulu mungkin benar, tapi sekarang belum tentu. Fail sistem NTFS sudah cukup dikenali, sehingga muncul tool-tool recovery yang mendukung recovery data dan penambahbaikkan partition berfail sistem NTFS.

Bahkan saya pernah membuat 2 partition di hardisk dan data saya hilang karena suatu punca, 1 berfail sistem NTFS dan satunya lagi berpartition FAT32, saya pun melakukan recovery data, hasilnya, data saya di partition NTFS kembali 100% dan FAT32 hanya kembali 60% sahaja.

Kesimpulannya, saya akan lebih memilih NTFS dalam format hardisk dan ukuran yang besar.

No comments:

Post a Comment