.

Monday, December 4, 2017

ALAF KE 21 ATAU ABAD KE 21?

Ramai yang keliru, kita sekarang berada pada abad ke berapa dan pada alaf ke berapa?
Memandangkan pihak KPM menyokong pendidikan abad dan alaf terkini, maka ramai yang belum betul-betul mahir mengira menggunakan samada abad atau pun alaf. Mari kita cari jawapannya.

Lihat definisi tahun, dekad, abad dan alaf:


Ringkasnya, kiraan abad untuk 100 tahun. Oleh itu, jika sekarang tahun 2017, maka kita berada pada abad ke 21, mengikut tempoh masa dari 2001 hingga 2100.

Kiraan alaf pula untuk 1000 tahun, maka tahun 2017 dikira alaf ke 3. kiraan dari 2001 hingga 3000.

Tempoh masa alaf (millennium) adalah seperti berikut:

Alaf Pertama, 1 hingga 1000 tahun selepas masihi.
Alaf Kedua, 1001 hingga 2000 tahun selepas masihi.
Alaf Ketiga, 2001 hingga 3000 tahun selepas masihi.
Alaf Keempat, 3001 hingga 4000 tahun selepas masihi.

Abad disebut dalam bahasa inggeris century. oleh itu kita berada pada abad ke 21 atau pun 21st century.

Alaf disebut dlm bahasa inggeris millennium. kita berada pada alaf ke 3 ataupun 3rd millennium.

Kiranya kita sekarang berada abad ke 21 dan alaf ke 3.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...