updated: ini link yang menyatakan beberapa laman web yang menipu untuk mencuri duit secara licik. untuk maklumat lanjut sila baca di sini.
Assalamualaikum dan hai. Pendedahan satu sindiket penipuan yang mana ada kes dan mangsa yang telah tertipu. Baru-baru ini ramai yang post di laman web sosial seperti Facebook, weChat dan lain-lain aplikasi mesej internet seperti whatsapp, telegram dan lain-lain berkenaan satu laman web yang menipu. Laman web yang dimaksudkan adalah StayReward.Com.
Assalamualaikum dan hai. Pendedahan satu sindiket penipuan yang mana ada kes dan mangsa yang telah tertipu. Baru-baru ini ramai yang post di laman web sosial seperti Facebook, weChat dan lain-lain aplikasi mesej internet seperti whatsapp, telegram dan lain-lain berkenaan satu laman web yang menipu. Laman web yang dimaksudkan adalah StayReward.Com.
Ini adalah link url laman web nya
Dengan mesej penarik dapat duit dengan cara mudah dan mesej berantai yang di copy paste, ramai yang tertipu dengan StayReward.Com ni. Hanif akan mendedahkan dan menerangkan bagaimana ia telah menipu ramai orang dengan perancangan yang mudah ini.
Ini adalah contoh mesej berantai yang di gunakan:
Jana income RM900 sehari tanpa modal! Tuan/ Puan daripada kita berFB @ berweChat@ whatsapp tak dapat hasil. Apa kata sambil-sambil tu kita buat income nak? Saya nak berkongsi 1 program dari US yang boleh buat income sampingan. Free register tiada apa-apa bayaran dikenakan. Tiada tipu muslihat (kalau anda rasa program ni menipu. Anda tak rugi apa-apa pun, anda tak keluar modal pun kan?) Tak perlu cari orang. Tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada FB @ weCha @ whatsapp dan tahu guna komputer sikit-sikit. Apa sahaja termasuk tweeter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link di bawah dan register sebagai member. Lepas register anda terus dapat 25 usd x 3.4 = RM85.00. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste di FB, twitter dan sebagainya. Setiap orang yang buka link anda, anda akan terima ganjaran sebanyk 10 usd x 3.4 = RM34.00, mudahkan?! Duit anda boleh pilih, samada duit masuk ke acount bank atau cek akan dipos ke alamat rumah anda. Register percuma! Sila isi di sini.
***
BUKTI
Berikut adalah dialog antara hanif dan mangsa yang terlibat:
Hanif: Berapa usd boleh cash out?
Mangsa: 300 usd. So far aku punya tinggal sikit. 75usd je...
Hanif: Lagi 75 @ 7 orang klik dapat cash out la?
Mangsa: Macam tu la. Baru leh pastikn.
Hanif: 75 orang tak banyak lagi tu.
Mangsa: Betul tu.
Hanif: Syarikat ni dari negara mana?
Mangsa: Macam Canada tak silap.
Hanif: Dari india sebenarnya.
Mangsa: Ok ye ke. Aku tak check sangat.
Hanif: Aku rasa dari malaysia juga nanti aku tunjuk bukti.
Mangsa: Mmm. Macam mana nak check? Kau rasa ok tak?
Hanif: Aku ada kawan yang dah pernah kena macam ni. Tapi yang tu modal berbayar lagi. RM7 ribu tu lesap.
Sindiket curi ini bermula dari Malaysia. Kemudian dikembangkan ke India dan Bangladesh (berdasarkan statistik alexa.com)
Hanif: Tengok result tu. % visitor kebanyakan dari malaysia, india dan bangladesh. Dari Canada tak ada pun. Aku rasa dia ada motif lain. Nanti tengok. Dapat cash out tak duit tu. Aku rasa tak dapat. Tapi tak apa, sebab zero modal, low risk.
Mangsa: Aku pun rasa macam tu. tak kan senang-senang nak dapat duit. Hehe.
Hanif: Ya betul. Tau pun. Kita cuba tengok. Boleh print screen tak? Dia punya dashboard dalam bila dah login.
Selepas menggunakan 'teknik jana trafik kuasa tinggi', tiba-tiba si mangsa mendapat mesej SPAM. Belum sempat cash out dan spam. Dah agak dah.
Hanif: Jadi spam? Macam mana tu? Tapi tak ada duit kena tarik kan?
Mangsa: Ada jugak duit kena la sikit.
Hanif: Aik? Macam mana pula tu?
Mangsa: Dia kena register no. phone. Lepas tu dia sedut kredit telepon.
Hanif: So ni sindiket ambil duit orang lah.
Mangsa: Semua nak curi duit online. Dia suruh mesej ON MOBILE PAS TU SMS KE 33232. Habis kredit aku kena sedut. Nasib RM10 je.
Hanif: Macam mana tau sms itu dari web StayReward.Com?
Mangsa: Syarat dia nak semak kita human atau robot, dia suruh register phone number.
Komen: Nak buat macam mana, dan terkena, lain kali boleh lebih berhati-hati jangan sampai terkena tipu lagi. Bukan senang nak dapat duit free ni tanpa usaha lebih sikit. Kalau senang-senang je nak bagi duit mesti ada motif lain tu. Kita perlu beringat ya. Kita perlu bijak dalam menilai fakta-fakta yang diberikan, contohnya, kalau satu-satu laman web tu datang dari negara mana, kita boleh periksa di alexa.com untuk kepastian. Sekarang ni banyak sindiket seumpama ini. Jadi kita perlu lebih berhati-hati lah ya.
Sekian, sila atau boleh sebarkan jika tidak mahu orang lain terkena jerat yang sama. Terima kasih.
...
No comments:
Post a Comment