Pada hari raya aidilfitri ini marilah kita berusaha meningkatkan taqwa kita kepada Allah dengan sesungguh ketaqwaan. Dan inilah natijah yang sangat diharapkan dan dijanjikan oleh Allah bagi orang yang melaksanakan puasa dengan sesungguhnya.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil Hamd
Sesungguhnya Aidil Fitri merupakan hari kemenangan dan kenikmatan. Hari yang disyariatkan oleh Allah kepada umat Islam agar bergembira. Apa tidaknya selepas menumpukan segala daya dan usaha untuk menghidupkan Ramadhan dengan pelbagai amal. Bersungguh menunaikan puasa. Menjaga mata, telinga, mulut. Menghidupkan malam dengan solat taraweh. Sempurna seperti anjuran Sayyidina Omar Al Khattab ra 20 rakaat. Mesjidil Haram 20 rakaat, Masjidun Nabawiy 20 rakaat. Berdiri lama-lama di belakang imam hafiz Al-Quran dalam taraweh. Dengan letih dan mengantuk, lawan dan lawan juga. Lepas tu pula bangun awal untuk tahajjud, solat tasbeh panjang-panjang. Berdoa bermunajat setiap malam. Memohon keampunan dan hidayat untuk diri keluarga dan ummat. Bersahur ala kadar. Sepanjang hari memelihara solat berjemaah. Sebelum azan dan bersiap untuk ke surau/masjid. Solat sunat rawatib tidak ditinggal walau satu kali. Solat berjemaah telah diusahakan tidak tertinggal takbiratul ula dengan imam. Yang wanita pula solat awal waktu di bilik-bilik rumah mereka. Setiap hari membaca Al-Quran separuh atau ada yang satu dan lebih juz. Bertadarus dengan ahli jemaah dan keluarga di rumah. Dan banyak lagi amal. Bersedeqah dan sebagainya.
Maka mengapa kita tidak berhak bergembira.
Surah AlBaqarah ayat 185
Maksudnya: Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu supaya kamu bersyukur.
Nabi saw bersabda yang lebih kurang maksudnya, `Dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa iaitulah ketika berbuka dan ketika bertemu Allah di akhirat nanti.’
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil Hamd
Selesai sudah Ramadhan. Maka ulamak mamberitahu dan menasihatkan kepada kita agar amal yang amat hebat yang telah kita garap sepanjang Ramadan semalam diteruskan selepas ini. Kalau sepanjang Ramadhan kita hanya bergelut dengan nafsu dan ada juga yang tewas dan lumpuh tidak bermaya. Syaitan diikat rapi berada jauh dalam lubuk lautan. Dijaga dan dikawal agar jangan terlepas oleh malaikat-malaikat yang gagah dengan perintah Allah. Agar jangan merosakkan puasa ummat Muhammad. Maka siganas, sipenipu, sipemutar belit ini telah berada di samping kita. Telah berada di tengkuk kita. Membisik, merayu, memujuk agar bersamanya ke dalam Neraka. Awas. Lebih ganas lagi. Lagi rapi perancangannya. Hanya dengan bantuan Allah kita selamat. Marilah kita berusaha membangun setiap amal dalam diri kita. Anak-anak kita, menantu, ipar duai dan umat. Jadikan Ramadhan semalam mengajar kita.
No comments:
Post a Comment