.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-56

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 7.00 malam di mana ummat Islam berkumpul di Masjid dan surau untuk membaca doa selamat. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia atau juga dikenali sebagai Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50. Dan pada tahun ini adalah sambutan kali ke 56.

Selamat menyambut hari kebangsaan Malasysia dari Blog Hanif Menhad.

No comments:

Post a Comment