.

REVIEW MUKA BLOG BARU DENAIHATI OLEH HANIF MENHAD

Blog denaihati.com tampil dengan muka blog baru yang lebih mengikut trend semasa. Blog denaihati.com dah buat make over yang ke empat semenjak berpindah ke platform WordPress. Sempena menyambut ulang tahun ke lima blog denaihati.com berada di persada alam maya sejak dari 2008. Blog denaihati.com  tampil lagi dengan idea kreatif serta insentif lumayan. Kali ini RM100 akan diberi kepada 20 review muka blog baru denaihati.com yang melebihi 300 perkataan dengan beberapa gambar screenshot. [Minda Aktif 9A Plus]

Cuba lihat muka blog baru denaihati.com ni:


Muka Blog Baru denaihati.com

Sesuai dengan seorang web developer bro Eizi (blog) yang mengutamakan tema akustik. 

WE ARE ACOOSTIC DESIGN AND, WE'RE COOKING UP SOME AMAZING STUFF HERE.

Eizil Network dan Team Denaihati sentiasa menjadi 'orang kuat' dalam survival blog denaihati.com ini.


Blog denaihati.com banyak mengajar diriku ini erti sebuah penulisan yang rupa-rupanya ada rahsia disebalik satu-satu penulisan itu. ($_$) hehe...

Muka blog baru denaihati.com ini bukan sekadar penampilan design yang berbeza tetapi akan menambah berbagai fasilitas (ops! pinjam bahasa indonesia, hihi...). Bakal memberi kepuasan kepada pembaca semua. 

Blog denaihati.com juga bakal tampil dengan projek baru iaitu Kedai Denaihati yang akan menjual berbagai produk fizikal dan eBook keluaran team Denaihati. Hurmm, mesti menarik ni. 

p/s: Di masa akan datang Kedai Denaihati akan dibuka kepada Rakan Denaihati untuk memasarkan produk dengan yuran yang minima.

Tema ini dibina dengan memikirkan keselesaan pembaca sebagai perkara utama yang perlu dicapai. Mungkin ada beberapa fungsi yang digugurkan disebabkan tidak memberi kesan yang besar akan kehadirannya. Bergantung kepada view desktop dan mobile juga ada banyak perubahan.


Paparan Mobile (smartphone) untuk denaihati.com

Tempoh enam bulan ke hadapan juga, berbagai sistem baru akan diintergerasi secara berperingkat di blog denaihati.com  Blog denaihati.com bukan sahaja sebuah blog personal tetapi bakal menjadi sebuah platform yang akan memberi kenikmatan baru kepada Rakan Blogger. 

Juga Hanif Menhad dapat belajar sesuatu daripada Blog denaihati.com iaitu "Gunakan sebanyak mungkin applikasi dan juga akaun dari platform berbeza untuk menarik pembaca dari pelbagai komuniti". Blog baru dengan button sosial media yang berbeza menjadi pencentus baru kepada Blogger yang lain untuk menyebarkan setiap artikel baru yang dikongsikan dan menjadikan motivasi untuk lebih bersungguh-sungguh menjadi Blogger profesional yang boleh dijadikan sebagai kerjaya. Insya-Allah.

Antara Aplikasi yang dimanfaatkan

Tidak hairan lah blog denaihati.com mencapai berbagai penghargaan antaranya Best of the best blog 2012, Most creative blog 2013 dan terkini top 3 DiGiwwwow Blogger of the year. Ini adalah motivasi kepada perubahan terbaru ini.

Anugerah blog denaihati.com, Tahniah!

Cadangan yang boleh meningkatkan kualiti blog denaihati.com adalah akan datang akan tampil dengan artikel dwi bahasa iaitu, bahasa inggeris sebagai bahasa ke-2. Pasti akan menarik minat pembaca dan blogger dari seluruh pelusuk dunia.

Semoga Terus Sukses!

No comments:

Post a Comment