.

SOLAT DAHULU SEBELUM TONTON BOLA

Peminat, pemain serta penonton bola sepak seharusnya menjaga solat dan berdisiplin sempena perlawanan bola sepak tidak kira di mana jua berada. Sebagai contoh waktu Maghrib begitu singkat, hendaklah dilaksanakan dahulu solat sebelum menonton perlawanan bola. Mengerjakan ibadat solat suatu kewajipan walau di padang sekali pun. Kita perlu menjaga disiplin kita dengan Allah Taala bersesuaian dengan sifat kita sebagai seorang hamba-Nya. 

Selain itu bagi pemain hendaklah jaga disiplin ketika beraksi di padang. Latihan supaya pemain bola sepak mengingati tanggungjawab masing-masing sebagai hamba Allah Taala adalah suatu kewajiban. Kita akan mendapat kebaikan yang lebih sekiranya memenuhi tuntutan itu.

Keputusan JDT vs Kelantan : 0 – 1



Gambar Solat Maghrib Berjemaah sebelum perlawanan akhir JDT vs Kelantan Final Piala Malaysia 2013

Sumber Diubahsuai Klik Di Sini

No comments:

Post a Comment