.

Thursday, June 27, 2013

19 PERSOALAN YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMILIH CALON SUAMI

Berikut adalah persoalan yang perlu calon isteri cari jawapannya dalam memilih calon suami:

1. Bagaimana agamanya? (SOLEH & Taat agama)

2. Adakah dia menjaga solatnya? (Solat berjemaah, jaga waktu, ajak orang lain)

3. Bagaimana dia melayani ibu bapanya? (lemah lembut, hormat ibu bapa, mesra)

4. Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda? (hormat)

5. Bagaimana keluarga melayaninya? (dihormati, boleh memimpin, pandangannya diambil kira)

6. Siapa sahabatnya? (sebahagian penanda aras penentu sifat dan tabiatnya)

7. Apakah kegiatan hidupnya? (hobi, manfaatkan masa, berusaha mencari income tambahan)

8. Adakah dia seorang yang bertanggungjawab? (akauntabiliti/ boleh menjawab atau merasionalkan tindakan yang diambil)

9. Sentiasa bekerjasama/ ringan tulang? (apa pandangan masyrakat terhadapnya)

10. Mempunyai Misi dan Visi Dunia dan Akhirat yang jelas? (tidak lupa akhirat)

11. Punya etika dan sikap yang macam mana? (positif)

12. Minda kelas ke berapa? [#3. Bercerita tentang masalah orang lain (menyalahkan, banyak alasan, banyak mengeluh, mengumpat, lihat keburukan orang, nak jatuhkan orang), #2. Bercerita tentang masalah diri sendiri sahaja, #1. Bercerita tentang masalah dan penyelesaiannya (berusaha untuk kebaikan orang lain).

13. Komited dalam satu-satu urusan? (bukan hanya melepaskan batuk di tangga)

14. Apa pandangannya berkenaan mendidika anak dan isteri serta membimbing orang di bawah jagaannya? (berfikiran matang)

15. Menghargai privasi? (hormat orang lain dan tidak bersikap prejudis, bersangka baik)

16. Bijak menilai? (penilaian yang matang)

17. Adakah dia prihatin? (ambil berat)

18. Menepati janji? (amanah)

19. Lihatlah diri anda sendiri (wanita).




Semoga Bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...