.

TIPS PELAJAR CEMERLANG (PEMBELAJARAN BERKESAN)

Assalamualaikum dan Hai. Hari ini saya akan berkongsi berkenaan tips belajar. Walaupun sebelum ini entri 2 dalam 1 dah berkongsi berkenaan tips belajar ini, tetapi nak buat juga entri yang lebih terfokus seperti ini (boleh baca disini untuk entri lepas). Itu pun setelah membaca entri Zulhilmi Zainudin (boleh baca sini berkenaan tips penulisan blog persuasif). Agak lama tak update blog disebabkan kesibukan yang melanda dengan beban tugas guru yang kian bertambah (baca sini). Pelajar-pelajar hanif pun dan nak dekat dengan peperiksaan stpm untuk sem 2, tapi eksperimen kimia belum siap-siap lagi, huu~ (baca sini).

Kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan besar pada tahun ini, nasihat Imam Safie ni sangat berguna. Kepada yang tidak menduduki peperiksaan pula jangan nak honeymoon ye. Belajar tetap belajar sampai akhir hayat.


Setiap manusia dikurniakan dengan jumlah masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Jika pelajar-pelajar ingin memanfaatkan masa setiap hari dengan belajar bersungguh-sungguh mesti anda akan terbayang dengan duduk di meja belajar dan merenung setiap helaian buku rujukan untukdiingati sepanjang masa. Mana mungkin kita akan mampu untuk melakukan sedemikia. Oleh itu ada kaedah yang lebih berkesan untuk memanfaatkan masa 24 jam sehari tanpa ketinggalan melakukan aktiviti harian yang kita suka.

Caranya ialah kita mesti mempelbagaikan kaedah belajar supaya apa yang diulangkaji meresap masuk ke minda. Berikut adalah tips pelajar cemerlang yang terbukti dapat memanfaatkan setiap masa dengan pembelajaran berkesan. 

1. Masa sebelum tidur -  masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.

2. Masa terbangun di tengah malam ( Belajar seperti No.1)

3. Masa bangun tidur. Subuh/ Pagi. Bayangkan pelajaran semalam.

4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)

5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)

6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)

7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua surat khabar)

8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)

9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)

10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/ cepat)

11. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)

12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/ cepat)

13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)

14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)

15. Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)

16. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir)

17. Masa berada dalam bas (baca kad nota)

18. Masa rehat selepas makan (baca novel/ majalah)

19. Masa rehat selepas makan malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)

20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

Semoga kita dapat memanfaatkan segala peluang masa yang diberi oleh Allah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment