.

Friday, March 8, 2013

APA ITU BACKLINK DAN KEPENTINGANNYA


Assalamualaikum dan salam hormat. Bagi yang baru mendengar Backlink. Anda mungkin tertanya-tanya apa itu backlink? dan mengapa backlink penting? Backlinks telah menjadi begitu penting kepada Search Engine Optimization (SEO), bahawa ia telah menjadi sebahagian daripada blok pembangunan utama SEO yang berkesan. 



Mengapa Backlink penting? 


Kita mesti memahami apa itu backlink dan bagaimana ia berfungsi. Backlink adalah kumpulan link-link menuju ke laman web kita yang terletak di laman web orang lain.  Backlinks juga boleh dikatakansebagai link yang diarahkan ke laman web kita. Juga dikenali sebagai Pautan Pelawat / Inbound links (IBL). Bilangan backlinks adalah satu petunjuk populariti atau kepentingan satu-satu laman web kepada pembaca. 

Anda sebenarnya boleh memanipulasikan backlink untuk membantu aritkel blog anda lebih mesra enjin carian (Search Engines).

Backlinks adalah penting untuk SEO kerana sesetengah enjin carian, terutamanya Google, akan memberi lebih kredit kepada laman web yang mempunyai bilangan backlinks yang berkualiti dan akan mempertimbangkan laman web tersebut lebih relevan daripada yang lain dalam halaman keputusan mereka untuk permintaan carian. Sebagai contoh, apa yang akan naik ke ranking teratas semasa satu-satu kata kunci itu ditaip di enjin carian google. Apabila enjin carian mengira kesesuaian berdasarkan kata kunci, ia akan mengambil kira bilangan pautan kualiti masuk ke satu-satu laman web. Jika pautan pelawat dikesan dengan isi kandungan yang tidak berkaitan, ia akan dikira sebagai kurang relevan untuk naik ke ranking paling atas dalam enjin carian. Lebih tinggi kerelevanan / perkaitan / bermaknanya pautan pelawat akan menunjukkan lebih berkualiti.

Berita Baik!

Ada yang sanggup menawarkan insentif duit untuk setiap backlink yang menyumbang kepada satu-satu laman web yang ditaja. Sebagai contoh adalah laman web denaihati.com yang menawarkan RM0.02 untuk setiap traffik ke laman web denaihati.

Nak Tanya ni...

Anda boleh klik disini untuk melihat laman web tersebut denaihati.com. Untuk menjadi blogger hebat kita mesti mahir untuk mendapatkan backlink daripada laman web lain. Untuk mendapatkan backlink saya nak tanya pembaca yang budiman, bagaimana nak dapatkan backlink yang banyak? Ada cadangan? Atau anda sebagai blogger, bagaimana anda usaha untuk dapatkan backlink ke laman blog anda? Sila komen dibawah ini ya!

Terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...