.

Saturday, October 26, 2013

RINGKASAN MENYELURUH BAJET 2014

Bajet 2014 menyaksikan peningkatan kira-kira RM31 billion berbanding bajet tahun lalu iaitu sebanyak RM232.8 bilion dengan RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Bertemakan Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Bajet 2014 yang menggariskan lima teras utama itu juga merupakan bajet kelima yang direncana Najib selaku Menteri Kewangan sejak 2009 iaitu: 

1. Merancak Aktiviti Ekonomi.
2. Mengukuh Pengurusan Fiskal.
3. Mengunggul Modal Insan.
4. Mempergiat Pembangunan Bandar & Luar Bandar.
5. Mensejahtera Kehidupan Rakyat.

Teks penuh ucapan bajet tahun 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (klik di sini).

Bajet 2014, Ringkasan Dan Rumusan

Kadar BR1M Dinaikkan : 

- Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.

- Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

- BR1M 3.0  diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Subsidi Gula Dimansuhkan :

- Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan mulai 26 Oktober 2013. Ini bertujuan sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah kesihatan terutamanya diabetes dan kencing manis.

- Harga gula akan naik RM2.84 sen sekilogram mulai 26 Oktober 2013.

- Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman, kata Najib.

Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500, persara RM250 : 

- Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji, minimum RM500. 

- Manakala bagi Pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250. 

- Akan dibayar pada awal Januari 2014.

Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan :

- Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tetap diteruskan.

Kadar Baucar Buku Diteruskan :

- Baucar Buku RM250 bagi setiap pelajar pra – universiti dan Institut Pengajian Tinggi di Malaysia diteruskan. 

Kelajuan Internet Dinaik Taraf : 

- Kerajaan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar-bandar utama. Kelajuan Internet akan ditambah kepada 10 Mbps.

- Rangkaian HSBB akan diperluas ke kawasan pinggir bandar pada kos RM1.6 bilion, dengan capaian Internet ditambah kepada antara empat dan 10 Mbps.

Program Perumahan Rakyat :

- 223,000 unit rumah pada harga berpatutan. Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta. PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak. 80,000 unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Kadar GST lebih rendah :

- Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 pada kadar enam peratus, lebih rendah daripada kadar cukai-cukai sedia ada.

Bantuan yuran taska RM250 sebulan :

- Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan. 

Pembangunan Sukan RM239 juta :

- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM239 juta dalam Bajet 2014 bagi meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan di negara ini.

Program Pertanian :

- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...