.

5 CARA HEBAT MEMBUKA SESEBUAH PERSEMBAHAN

Bagi memulakan sesebuah persembahan/ pembentangan, adalah dinasihatkan untuk tidak merenung cahaya skrin komputer yang kosong dengan tidak tahu bagaimana untuk membuka atau memulakan ucapan anda. Sebagai permulaan, anda tidak boleh merenung PowerPoint tanpa tujuan yang jelas. Secara jujur, kita semua cuba pelbagai cara yang terbaik untuk membuka sesebuah persembahan.

Berikut adalah 5 cara yang berkuasa untuk membuka persembahan yang boleh anda praktikkan:

1. Gunakan Kuasa Senyap

Kebanyakan orang tidak dapat melakukannya dengan mudah. Tetapi jika anda rasa seperti seorang bintang popular, semasa pembentangan anda hanya perlu memilih untuk berdiam diri. Luahkan beberapa perkataan kemudian berdiam diri lagi. Kemudian berkata-kata dan menjadi tenang semula. Ia adalah satu cara yang cepat dan mudah untuk mewujudkan ruang yang baik untuk sesebuah persembahan. Anda hanya perlu bersabar untuk itu. Tidak perlu tergopoh-gopoh.

2. Mulakan Ayat dengan Masa Depan atau Masa Lalu

Saya mempunyai dua kaedah yang mudah untuk anda:

Masa depan: "30 tahun dari sekarang, anda tidak perlu bekerja lagi..."

Masa lalu: "Pada tahun 1970, Jepun dimiliki 9% daripada pasaran dunia. Hari ini, mereka memiliki 37%... "

Realitinya dengan melihat ke masa depan atau masa lalu akan sentiasa menarik perhatian audiens kerana membuatkan hati kita hidup dengannya.

3. Petik Kata-Kata Seseorang

Cara yang paling mudah untuk membuka ceramah adalah dengan memetik kata-kata atau pendapat seseorang. Fikirkan tentang kata-kata seseorang yang mempunyai kredibiliti dan anda akan segera memperolehinya.

4. Kongsi Sesuatu yang Luar Biasa

Sentiasa kongsikan fakta-fakta yang menyeronokkan atau pandangan yang luar biasa ke dalam perkara-perkara biasa. Kongsikan  cerita yang 'seronok gila' yang anda hafal. Atau ceritalah berkenaan penambahbaikkan hidup kita. Kongsikannya! 

5. Beritahu Cerita

Jika persembahan anda adalah semata-mata berdasarkan fakta-fakta dan statistik maka penonton akan bertindak balas dalam salah satu daripada dua cara: 

1) bersetuju atau 
2) tidak bersetuju. 

Walau bagaimanapun, jika anda memberitahu cerita, penonton anda akan bersetuju dengan anda. Teknik ini akan meningkatkan fokus audiens sehingga 26%.

Oleh itu, lakukannya sekarang. Cuba sesuatu yang baru. Keluar dari zon selesa. Anda akan melihat perubahan yang menakjubkan dengan mencuba salah satu daripada teknik ini.


No comments:

Post a Comment