.

Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

REVIEW MUKA BLOG BARU DENAIHATI OLEH HANIF MENHAD

Blog denaihati.com tampil dengan muka blog baru yang lebih mengikut trend semasa. Blog denaihati.com dah buat make over yang ke empat semenjak berpindah ke platform WordPress. Sempena menyambut ulang tahun ke lima blog denaihati.com berada di persada alam maya sejak dari 2008. Blog denaihati.com  tampil lagi dengan idea kreatif serta insentif lumayan. Kali ini RM100 akan diberi kepada 20 review muka blog baru denaihati.com yang melebihi 300 perkataan dengan beberapa gambar screenshot. [Minda Aktif 9A Plus]

Cuba lihat muka blog baru denaihati.com ni:


Muka Blog Baru denaihati.com

Sesuai dengan seorang web developer bro Eizi (blog) yang mengutamakan tema akustik. 

WE ARE ACOOSTIC DESIGN AND, WE'RE COOKING UP SOME AMAZING STUFF HERE.

Eizil Network dan Team Denaihati sentiasa menjadi 'orang kuat' dalam survival blog denaihati.com ini.


Blog denaihati.com banyak mengajar diriku ini erti sebuah penulisan yang rupa-rupanya ada rahsia disebalik satu-satu penulisan itu. ($_$) hehe...

Muka blog baru denaihati.com ini bukan sekadar penampilan design yang berbeza tetapi akan menambah berbagai fasilitas (ops! pinjam bahasa indonesia, hihi...). Bakal memberi kepuasan kepada pembaca semua. 

Blog denaihati.com juga bakal tampil dengan projek baru iaitu Kedai Denaihati yang akan menjual berbagai produk fizikal dan eBook keluaran team Denaihati. Hurmm, mesti menarik ni. 

p/s: Di masa akan datang Kedai Denaihati akan dibuka kepada Rakan Denaihati untuk memasarkan produk dengan yuran yang minima.

Tema ini dibina dengan memikirkan keselesaan pembaca sebagai perkara utama yang perlu dicapai. Mungkin ada beberapa fungsi yang digugurkan disebabkan tidak memberi kesan yang besar akan kehadirannya. Bergantung kepada view desktop dan mobile juga ada banyak perubahan.


Paparan Mobile (smartphone) untuk denaihati.com

Tempoh enam bulan ke hadapan juga, berbagai sistem baru akan diintergerasi secara berperingkat di blog denaihati.com  Blog denaihati.com bukan sahaja sebuah blog personal tetapi bakal menjadi sebuah platform yang akan memberi kenikmatan baru kepada Rakan Blogger. 

Juga Hanif Menhad dapat belajar sesuatu daripada Blog denaihati.com iaitu "Gunakan sebanyak mungkin applikasi dan juga akaun dari platform berbeza untuk menarik pembaca dari pelbagai komuniti". Blog baru dengan button sosial media yang berbeza menjadi pencentus baru kepada Blogger yang lain untuk menyebarkan setiap artikel baru yang dikongsikan dan menjadikan motivasi untuk lebih bersungguh-sungguh menjadi Blogger profesional yang boleh dijadikan sebagai kerjaya. Insya-Allah.

Antara Aplikasi yang dimanfaatkan

Tidak hairan lah blog denaihati.com mencapai berbagai penghargaan antaranya Best of the best blog 2012, Most creative blog 2013 dan terkini top 3 DiGiwwwow Blogger of the year. Ini adalah motivasi kepada perubahan terbaru ini.

Anugerah blog denaihati.com, Tahniah!

Cadangan yang boleh meningkatkan kualiti blog denaihati.com adalah akan datang akan tampil dengan artikel dwi bahasa iaitu, bahasa inggeris sebagai bahasa ke-2. Pasti akan menarik minat pembaca dan blogger dari seluruh pelusuk dunia.

Semoga Terus Sukses!

TEKS LENGKAP PENGACARA MAJLIS: SAMBUTAN MAULIDURRASUL


Tajuk Artikel Lain berkaitan:

1. TEKS LENGKAP PENGACARA MAJLIS: PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA
2. BROSUR DAN PAMPLET UNTUK PROGRAM SEKOLAH MALAYSIA


Berikut adalah teks pengacara majlis, mc untuk majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah menengah dan rendah. Contoh teks terbaik dan lengkap dari mula program sehingga akhir penutup. Juga sesuai diubahsuai untuk program sambutan lain dan juga peringkat daerah serta kebangsaan.

Bismillah Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...
RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULI...

***

Sayang selasih berisi minyak, 
Bunga cengkih di atas jerami; 
Terima kasih banyak-banyak, 
Sudi datang ke majlis kami. 

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Mengumumkan, ketibaan Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Labis,  Yang berbahagia Penceramah Kita Pada Kali ini. Juga Yang dihormati YDP PIBG SMK Labis.

***

Melayang serindit di atas permatang, 
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang, 
Awal BismilLah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

Yang Berusaha __________________, Pengetua SMK Labis. 

Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz __________________ selaku tuan penceramah kita pada hari ini. 

Yang berbahagia, YDP PIBG, __________________ .

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan SMK Labis. 

Yang dihormati __________________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Labis. 

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Pra-Universiti. 

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Pendidikan Khas. 

Barisan Guru Kanan Bidang Matapelajaran, 

__________________, Penyelaras Program, 

Rakan-rakan Guru, Staf-staf sokongan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Serta semua pelajar SMK Labis Yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum w.b.t.

***

Sarung ketupat berisi inti, 
Dibawa budak sambil berlari, 
Kehadiran semua sangat dihargai, 
Moga Majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat, 
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat, 
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Zikir Munajat Pembersih jiwa... Doa dipohon menjana taqwa...

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-Fadhil USTAZ __________________ untuk memimpin bacaan asmaul husna, zikir munajat dan seterusnya membacakan doa. Dipersilakan.

Aamiin, ya robbal ‘aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada __________________ atas pimpinan bacaan asmaul husna, zikir munajat dan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Nyatakan tujuan dan matlamat majlis hari ini. 
Hari ini bertarikh __________________ kita berhimpun bagi tujuan sambutan Maulidurrasul peringkat SMK Labis bagi tahun 2013M bersamaan 1434H. Majlis untuk mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. Tema pada tahun ini adalah __________________

Boleh juga diselitkan beberapa info berkenaan maulidurrasul dan sebagainya. 

Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.

***

Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,

Marilah kita bersama-sama untuk menghayati BACAAN AYAT SUCI ALQURAN yang akan disampaikan oleh Saudara __________________ . Ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan daripada surah __________________ bermula ayat _______ hingga ayat _______ atau surah apa?

Shodakollahul ‘azim...

Indahnya ayat al-Quran yang telah diperdengarkan tadi. Setinggi penghargaan kepada saudara Suhaimi atas komitmen bacaan al-Quran itu tadi.

***

UCAPAN PENGETUA

Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada __________________, Pengetua SMK Labis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan Pengetua

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan dan amanat. Di harapkan segala yang disampaikan dapat kita ambil pengajarannya.

***

BERZANJI, MARHABAN SERTA SELAWAT

***

PERSEMBAHAN PELAJAR

***

CERAMAH

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Berkat rimbunnya si pokok jati,
Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu

PESANAN: Semua hadirin sediakan buku catatan untuk mencatat ilmu yang akan disampaikan. Akan ada kuiz spontan di akhir ceramah nanti.

Sedikit latar belakang tuan penceramah.

Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, pagi ini akan diteruskan dengan ceramah maulidur rasul yang bertemakan “Wasatiyyah tonggak kesatuan ummah’’ yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz __________________.

Majlis dengan ta’zimnya mempersilakan.

Ceramah.

Terima kasih diucapkan kepada __________________ atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan dapat sama-sama kita amal dan sampaikan kepada orang lain.

Bintang-bintang terbit pagi,
Di selaput oleh awan putih,
Tuan sudi datang kemari,
Salam dihulur penuh kasih.

KUIZ SPONTAN

Dijemput Ustaz untuk menyampaikan hadiah kepada yang menjawab dengan tepat.

PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAHATI

Hadirin dan hadirat sekalian,Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati. Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan mempersilakan __________________ (Penolong Kanan 1), untuk mengiringi __________________ (Pengetua), dipersilakan. 

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha __________________ (Pengetua) di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi. 

Seterusnya, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan (nasyid, hakim pertandingan dan lain-lain).

Majlis menjemput  dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi YDP PIBG __________________ , untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Terima kasih, syukran jazilan yang berbahagia ustaz atas kesudian bertandang ke SMK Labis.

PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepadasemua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur danucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Labis.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli, 
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Dijemput kepada semua tetamu VIP untuk menikmati jamuan hidangan di kantin sekolah, dipersilakan.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al  ‘Asr.




==================================================================

TUTORIAL MACAM MANA NAK PASANG COMMENT LUV DI BLOGSPOT


Berikut adalah cara yang paling mudah nak pasang CommentLuv adalah dengan memasang IntenseDebate kat Blogspot anda. Register di IntenseDebate.com. Blog Hanif Menhad pun tak terkecuali memasang plugin ini. Namun ada sedikit kekurangan yang anda akan dapati jika mahu memasang plugin top komentator (cara pasang plugin top komentator, klik di sini) akan jadi masalah komen pembaca tidak dapat dikesan. Begitu juga dalam dashboard: comment count juga tidak dapat mengesan bilangan komen pembaca. Walaupun begitu, ada pro & kontra di mana penghargaan dan kredit diberikan kepada pembaca (terutamanya blogger) yang menitipkan komen di blog anda dengan post entri terkini blog pembaca. Ia adalah satu cara mudah untuk mendapatkan backlink kepada blog yang anda titipkan komen (nak tahu apa itu back link? Klik di sini).

Cara-caranya ialah:

1. Login dan klik Install IntenseDebate.

2. Masukkan link blog atau website URL anda. Kemudian klik Next Step. 

3. Kemudian pilih Display IntenseDebate Comments on: Install only on all new post, kalau tak komen-komen lama akan hilang.

4. Pergi ke Blogger account anda (atas sebelah kanan). 

5. Dashboard > Template > Backup / Restore (atas sebelah kanan) > Download Full Template

6. Klik Download Full Template dan Save File tersebut di mana-mana seperti di Desktop > Close.  

7. Klik Browse/ Choose File pada intenseDebate.

8. Kemudian Upload File template tadi. Pastikan anda simpan copy .xml file tu berasingan, kalau apa-apa terjadi, boleh restore balik template tu.

9. Browse file .xml tadi, klik Upload file and continue.

10. Dah upload, Copy Code (CTRL+A dan CTRL+C) yang telah di modify.

11. Lepas tu pergi semula ke Dashboard > Blog anda > Layout > Edit HTML >, paste (CTRL+A dan CTRL+V) code baru.

12. Langkah terakhir adalah dengan pergi ke intenseDebate akaun anda dan klik pada plugin. Anda boleh memilih pilihan yang disediakan seperti COMMENT LUV, FB plugin dan lain-lain.

13. Untuk langkah terakhir ini lihat gambar di bawah ini. Selamat mencuba dan semoga berjaya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh lah komen di bawah ni ya. Terima kasih!