.

TEKS LENGKAP PENGACARA MAJLIS: PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA


Tajuk Artikel Lain:

1. TEKS LENGKAP PENGACARA MAJLIS: SAMBUTAN MAULIDURRASUL
2. BROSUR DAN PAMPLET UNTUK PROGRAM SEKOLAH MALAYSIA

Berikut adalah teks pengacara majlis, mc untuk majlis / program solat hajat perdana peringkat sekolah menengah dan rendah. 

Contoh teks terbaik dan lengkap dari mula program sehingga akhir penutup. Juga sesuai diubahsuai untuk program sambutan lain dan juga peringkat daerah serta kebangsaan.

Bismillah Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...

RABBISSRAHLI SADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULI...

***

Sayang selasih berisi minyak, 
Bunga cengkih di atas jerami, 
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami. 

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia,  ________________ YDP PIBG, Yang Berhormat ______________, ADUN Kawasan _________, 

Yang Berusaha ____________ Tuan Pengetua _____________ dan Yang berbahagia Tuan Imam ______________________ Imam Masjid ____________.

***

Bismillahirrahmaanirrohiim,
Selamat datang diucapkan,
Mohon saya memulakan majlis.

Yang Berbahagia, __________________ YDP PIBG.
Yang Berhormat ______________, ADUN Kawasan _____________.
Yang Berusaha __________________, Pengetua ____________. 
Yang berbahagia Tuan Imam ______________________ Imam Masjid ____________.


Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan ___________. 

Yang dihormati __________________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Kokurikulum. 

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Pra-Universiti. 

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Pendidikan Khas. 

Barisan Guru Kanan Bidang Mata pelajaran, 

__________________, Selaku Penyelaras Program, AJK PIBG, Para Tetamu, Ibu Bapa, Rakan-rakan Guru, Staf-staf sokongan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Serta semua pelajar Yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum w.b.t.

***

Sarung ketupat berisi inti, 
Dibawa budak sambil berlari, 
Kehadiran semua sangat dihargai, 
Moga Majlis bertambah seri.

Doa dibaca memohon Rahmat, 
Moga Majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-Fadhil Ustaz __________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Doa

Aamiin, ya robbal ‘aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada __________________ atas pimpinan bacaan doa.


UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi atas limpah kurnia Allah s.w.t. Pada hari ini dapat kita berhimpun bagi tujuan Program Majlis SOlat Hajat Perdana peringkat _____________________ bagi tahun 2014 Masihi bersamaan 1435 Hijriah. 

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah,

Tujuan dan matlamat majlis hari ini adalah:

Sila baca di broshur / pamplet program. 

Boleh juga diselitkan beberapa info berkenaan tips-tips belajar, bagaimana mengulangkaji pelajaran, menjaga pemakanan serta kesihatan dan sebagainya. 

Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.

***

Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah,

Zikir munajat pembersih jiwa, doa dipohon menjana taqwa.

Saya menjemput Ustaz / Pelajar untuk memimpin Zikir Munajat.

***

Taklimat penyelaras program (Jika ada). Pesanan / taklimat / ambil wuduk / masuk waktu jam berapa / bawa air untuk dibacakan Surah Yaasiin dan sebagainya.

***

Azan dan Solat Maghrib Berjemaah. Solat sunat ba'diah maghrib.

***

Taklimat / kaifiat / tatacara Solat sunat hajat, Bacaan Surah Yaasiin dan Tahlil serta doa (segala hajat jika dapat dituliskan dan diberi kepada Tuan Imam).

***

Azan dan Solat Isyak Berjemaah.

***

PESANAN: Para pelajar dinasihatkan untuk duduk dengan sopan dan teratur. Tegakkan badan, pandang hadapan. Dengar dengan penuh tumpuan serta beri perhatian.

***

UCAPAN PENGETUA (Tuan Rumah)

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada yang berusaha __________________, Pengetua _________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.(Ucapan alu-aluan, pesanan, matlamat sekolah dna sebagainya).

Ucapan Pengetua

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan.

***

UCAPAN YDP PIBG (Tuan Empunya Program / Majlis)

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berbahagia __________________, YDP PIBG __________ (Jika tiada, ucapan dari Timbalan YDP atau wakil AJK). Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan YDP PIBG

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG atas ucapan.

***

UCAPAN YANG BERHORMAT

Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berhormat __________________, ADUN Kawasan __________ Majlis dengan ta’zimnya mempersilakan.

Ucapan YB

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada YB ADUN Kawasan ________ atas ucapan.

***

Bintang-bintang terbit pagi,
Di selaput oleh awan putih,
Tuan sudi datang kemari,
Salam dihulur penuh kasih.

***

PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAHATI

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati. Untuk menyempurnakan penyampaian, Majlis dengan ini, menjemput dan mempersilakan __________________, Tuan Pengetua, untuk mengiringi __________________ YDP PIBG, dipersilakan. 


Dijemput, Tuan Imam ________________________ Imam Masjid ____________________ untuk menerima cenderahati dari pihak PIBG dan Sekolah. 

Terima kasih diucapkan kepada tuan imam atas kesudian menerima cenderahati dan terima kasih, syukran jazilan yang berbahagia tuan imam / ustaz atas kesudian bertandang ke sekolah ini.

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat _____________________ ADUN Kawasan ________________ untuk menerima cenderahati dari pihak PIBG dan Sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia __________________ YDP PIBG di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi. 

***

PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

ATAU, RINGKAS: Kita sudah di penghujung majlis.

Saya mewakili warga kerja, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepadasemua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada Allah s.w.t. Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir menjayakan solat hajat perdana peringkat _______________. 

Kita doakan semoga anak-anak pelajar kita mendapat kejayaan dalam peperiksaan.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Semoga dapat kita bersua kembali dalam pertemuan yang lain. 

Terima kasih kepada semua.

Dijemput kepada semua tetamu VIP dan hadirin untuk menikmati jamuan hidangan di kantin sekolah selepas ini.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al ‘Asr.


...


No comments:

Post a Comment