.

ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR


Assalamualaikum dan salam 1 ummah. Berikutan entri lalu yang mendapat sambutan hangat dari segi bilangan pengunjung ke post ini, kali ini Hanif nak berkongsi sedikit berkenaan adab kejutkan anak dari tidur. Ini penting kerana setiap hari anak-anak tidur dan perlu bangun dengan adab dan teknik yang betul untuk menjamin kesihatan rohani dan jasmani.




Sebab apa ia ada kaitan dengan kesihatan jasmani? 

Ini kerana jantung kita berdengup pada kadar yang agak perlahan semasa kita tidur. Untuk menjaga jantung, amat perlu kita mengawal pergerakan semasa bangun dari tidur. Jika kita nak bersenam pun kita akan panaskan badan (warming up), begitu juga bangun dari tidur.

Sebab apa ia ada kaitan dengan kesihatan rohani?

Ini kerana dari segi psikologinya, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau dimarah dan sebagainya maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci orang yang membangunkan itu. Jika setiap hari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab sebenarnya kita menanamkan rasa kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu.


Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur.

1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur (tetapi ada juga yang menyatakan kurang baik memberi salam kepada orang yang sedang tidur).

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan-perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak ibu yang baik, anak ibu yang soleh, anak ibu yang rajin.

7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

Bagaimana pula jika nak kejutkan orang dewasa?




Adab ini juga untuk anak yang masih bayi, kanak-kanak, remaja atau orang dewasa...


P/S: Anda dibenarkan untuk mengulang cetak atau menulis semula dalam entri blog/ laman web anda dengan syarat memberi kredit kepada post Hanif Menhad ini. Terima Kasih

No comments:

Post a Comment