.

TEKNIK MUDAH BAGAIMANA MENINGKATKAN TRAFIK KE BLOG

Assalamualaikum dan Hai. Saya ingin berkongsi berkenaan teknik mudah bagi meningkatkan trafik ke blog. Bergantung kepada keyword atau kata kunci yang diletakkan di blog akan memberi sebab utama Google, Bing, Yahoo! Search, Altavista, Go.com, AllTheWeb, Galaxy, AOLSearch, Live Search, Lycos, GigaBlast serta enjin carian lain meletakkan blog anda di ranking teratas dalam enjin carian.



Teknik Mudah #1

Pastikan anda meletakkan tajuk berdasarkan tajuk am. Ini kerana kebiasaan pengguna internet akan membuat carian berdasarkan tajuk mudah dan am. Jika kita letakkan tajuk yang agak khusus dan jarang difikirkan oleh orang ramai, maka kita akan kerugian dalam meletakkan ranking teratas dalam enjin carian. Namun jika kita meletakkan tajuk yang khusus dan jarang difikirkan blogger lain, maka kita tidak perlu bersaing sengit untuk ranking tersebut. Dengan ini blog akan mudah mendapat trafik pembaca dari enjin carian.

Teknik Mudah #2

Pastikan tajuk entri diulang dalam perenggan pertama untuk setiap post/ entri. Letakkan keyword atau kata kunci berdasarkan tajuk am dan mudah difikirkan di perenggan pertama juga. Senang cerita, perenggan pertama entri blog kita tu akan jadi sandaran carian enjin carian untuk meletakkan blog anda di ranking teratas dalam senarai. Dengan ini blog akan mudah mendapat trafik pembaca dari enjin carian.

Teknik Mudah #3

Pastikan juga anda memasukkan keyword tajuk carian pada setiap perenggan. Ia akan memudahkan google memastikan keyword yang disasarkan sebagai carian. Dengan ini blog akan mudah mendapat trafik pembaca dari enjin carian.

Teknik Mudah #4

Pastikan anda merancang rangka beberapa draft artikel untuk keyword yang disasarkan. Paling minimum 5 artikel yang akan di link semula (backlink, klik di sini) kepada setiap artikel rangka itu yang akan mengalirkan traffik kepada artikel-artikel itu. Tidak semua link akan di klik oleh pembaca, namun dengan tajuk yang pelbagai akan menarik minat pembaca untuk terus klik di blog anda.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment