.

Monday, April 8, 2013

MADRASAH AN-NUUR (MAN) MUAR JOHOR



Assalamualaikum dan Salam 1 Ummah.
Hari ini hanif akan berkongsi satu blog / laman web yang boleh dikatakan post amal jariah supaya sesiapa yang ingin menyumbang di jalan Allah supaya dapat menyalurkan dana, bantuan, zakat, sumbangan, hadiah, atau sedekah ke Madrasah An-Nuur (MAN) ini.
————————Sila Ke Link Ini Untuk Menyumbang————————
Secara dasarnya Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur (MAN) merupakan sebuah madrasah yang ditubuhkan hanya untuk mengeluarkan para huffaz Al-Quran secara khusus. Walaubagaimanapun, MAN melalui MUMAN sentiasa berusaha untuk memberi peluang kepada para pelajar agar dapat menikmati subjek pelajaran lain yang bersesuaian dan dikira mampu merangsang pertumbuhan intelek seorang pelajar pafiz.
Pelajaran wajib
1- Hafazan Al-Quran
2- Pra Al-Quran
3- Fardhu Ain
4- Bahasa Arab
5- Tajwid
6- Ibadat Amali
7- Doa, zikir dan ibadar seharian
8- Penyampaian dakwah, ceramah dsb.

2. Bagi memastikan keberkesanan setiap subjek yang ditawarkan. MAN telah mengambil langkah dengan menyerahkan kelas-kelas pengajian ini untuk dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan. Inisiatif ini telah membawa MAN kepada menerima tenaga pengajar yang berdedikasi malah menghantar pelajar ke kelas di luar MAN. Seperti kelas Aplikasi Komputer di Kolej Komuniti Jasin.
3. Atas maksud yang sama juga, Lembaga Peperiksaan Madrasah An-Nuur telah ditubuhkan bagi meningkatkan lagi tahap pemahaman pelajar di dalam pelajaran mereka. Antara fungsi lembaga ini di musim peperiksaan ialah:

i. Menyediakan soalan peperiksaan bertulis bagi setiap subjek pelajaran.
ii. Membincangkan skema pemarkahan dan dasar peperiksaan madrasah
iii. Melantik mumtahin untuk peperiksaan yang melibatkan peperiksaan syafawi.
iv. Menjalankan proses penandaan kertas jawapan peperiksaan dan mengeluarkan keputusan peperiksaan tersebut.
v. Membuat rumusan dan graf keputusan peperiksaan bagi tujuan menilai kemampuan pelajar.
4. MAN sentiasa prihatin dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan semasa, malah menyedari tanggungjawab sebenar institusi madrasah iaitu demi melahirkan generasi Al-Quran yang diredhai Allah S.W.T. dan berkualiti. Kerana itu MAN telah melangkah setapak lagi kehadapan dengan mendaftar kepada kerajaan Negeri Johor agar hasrat murni MAN ini tidak disalah ertikan dan mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak pemerintah.
Alamat / Nombor yang boleh dihubungi:

Madrasah An-Nuur, KL 71 Kesang Laut, 84000 Muar, Johor. Tel: 06-9532400 / 06-9511568 / 06-9544960 H/P: 013-2075677 Faks: 06-9532400 Email: mudirmadrasah@gmail.com (Blog Mudir / Pengetua Madrasah = Al-Muhtadin )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...