.

Silap Jalan Sesal Selamanya


Silap Jalan Sesal Selamanya

 

Seorang remaja yang hidup terbeban dalam tekanan keluarga terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah. Namun terselamat selepas dinasihati rakan baiknya.  Bagus lah remaja ni terselamat dari gejala dadah berpunca dari masalah keluarga. Ramai lagi remaja di luar sana disebabkan kejahilan mereka terjebak dengan gejala malang ini.

Semasa pembikinan video ni, semasa brainstorming ada seorang pelajar mention berkenaan ada remaja yg belajar terutama di universiti yang disebabkan kejahilan ramai yang tersalah langkah mengambil dadah jenis ice (syabu) kerana mitos yang berkeliaran di dalam kelompok remaja.
Mitosnya ialah untuk 'stay up' bangun malam terus menerus tanpa tidur, maka dapat siapkan assignment.

Namun selepas setahun lebih video itu publish di youtube, maka ditakdirkan berjumpa dengan remaja seperti ini.
Ringkasnya, berprogram sama keluar dakwah dan tabligh bersama selama 3 hari. Ciri-ciri yang dapat saya simpulkan di sini iaitu apabila berbual dan berbincang, point idea nya ialah melompat lompat. Belum habis tajuk ini sudah melompat ke tajuk lain. Cakap memang nampak seperti gentelmen, seakan menyakinkan tapi itulah yang dapat digambarkan pengambilan dadah jenis sentetik ini menyebabkan kecacatan otak kekal mengikut kekuatan (dos) dan kekerapan pengambilan.

Ceritanya semasa belajar diperingkat ijazah dalam menyempurnakan tugasan dan tesis projek akhir, mengunakan ice untuk stay up tak tidur tiga hari dapatlah menyiapkan tugasan.  Namun, dipanggil pensyarah dan assignmemt dilempar ke muka. Kata pensyarah, laporan tulisan asaignment macam cerita budak sekolah rendah.
Akhirnya, tidak habis belajar. Berhenti sambil menanggung hutang ptptn. Bebanan ditanggung akibat kejahilan dek kerana mitos ice boleh bantu selesaikan masalah.


Laporan ini, walaupun ada yang mengaku terlibat dengan dadah ganja dan ice, namun, kesan jangka panjang selepas itu hanya orang lain sahaja dapat kesan, bukan empunya diri. Ada kes yang saya tahu, penagih dadah jenis ice syabu yang sudah berkeluarga, bila marah pada anak-anak senang-senang sahaja bagi penampar di muka dan belasah tanpa belas kasihan pada anak kandung sendiri sehingga isterinya minta cerai dan dalam proses. Sifat marah amarah si penagih dadah dan orang disekelilingnya perlu sabar lebih. Hanya orang yang mengalaminya sahaja faham perkara ini sedangkan penagih ni fikirnya mahu orang sekeliling fahami dia!
Kita lihat video Ust Ebit Liew bagaimana fikir orang yang diinterview supaya kita perlu memahami mereka. Mereka sedang bertarung dengan diri dan hawa nafsu yang sedang mahu ditundukkan. Jika si penagih dadah mahu kita fahami mereka, berapa lama dan tinggi kesabaran orang sekeliling? Padahal orang yang mengambil dadah jenis sintetik terdedah dengan kecacatan otak kekal.

Akhir sekali, apa yang dapat saya simpulkan marilah kita semua kembalilah pada Allah, hanya Allah Maha penyelesai masalah kita semua. Masalah dunia dan akhirat.

Hanif Menhad
26 September 2018
Rabu malam Khamis
17 Muharam 1440H

No comments:

Post a Comment