.

Sunday, April 2, 2017

PERUBATAN SUNNAH/ SUNNAH MEDICINE

Tulisan ini hanyalah pendapat dan pengalaman penulis dalam mempraktikkan pengamalan perubatan sunnah (sunnah medicine) semasa merawat diri dan keluarga. Tanpa mengabaikan kepentingan merujuk kepada perubatan moden di klinik mahupun di hospital untuk khidmat nasihat dan diagnos penyakit.

Minyak Zaitun
Habbatus Sauda
Air
Gula & Garam

- Kulit beruam. Ruam susu. Sapu dengan minyak zaitun dan diberi makan.

- Pengata. Kulit merah dan gatal-gatal. Sapu minyak zaitun, mengikut pengalaman saya, selepas 2 jam ia sudah sembuh.

- Demam biasa dan pening-pening. Makan minyak habbatus sauda dan minum air. Setelah satu malam dan sudah buang air besar, demam dan pening-pening mula kebah dan mulai bertenaga.

- Jika lemah, perlu diusahakan untuk minum air manis untuk meningkatkan gula dalam darah dengan cepat.

- Jika hypo, iaitu gula dalam badan rendah. Usahakan minum air manis.

- Jika muntah-muntah. Usahakan untuk menambah air dalam badan supaya seimbang semula dengan minum air banyak (mengikut kadar yang berpatutan). Elakkan badan mengalami dehidrasi iaitu air kurang dalam badan. Minum air garam (tak perlu pekat sangat) untuk mengembalikan jumlah garam dalam badan yang berkurangan.

-Anak demam. Antara usaha yang dilakukan ialah menjaga suhu badan anak dengan sentiasa memeriksa suhu badan dan keadaan anak. Usahakan supaya anak dapat buang air besar supaya penyakit dan panas badan keluar melalui najis. Beri makan habbatus sauda dengan kerap. Selang 2 jam beri habbatu sauda kepada anak dan jika anak masih menyusu, beri juga kepada ibu.

- Batuk berbulan-bulan tidak sembuh. Makan minyak habbatus sauda setiap hari sebelum tidur (malam) dan bangun tidur (pagi).

- Kaedah rawatan berasaskan air. Jika berminat sila hubungi saya segera. Ianya berkesan membantu pesakit:
masalah jantung,
kaki bengkak,
paru-paru berair,
semput atau lelah,


..................

Kajian Kes: Fasa bulan dan kesannya kepada kesihatan manusia

Kajian Kes: Perubahan pattern taburan hujan mengikut kalender qomari memberi kesan yang berbeza kepada kesihatan manusia.

Kajian Kes: Penyakit batuk dapat dikurangkan dengan perbanyakkan sujud




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...