.

Sunday, November 13, 2016

GARIS UFUK (HORIZON)

GARIS HORIZON

Perhatikan garis horizon atau garis ufuk bumi. Di mana curvature (kekelokan, kelengkungan, kebengkokan)?

Garis horizon sentiasa kelihatan jika anda pusing 360 darjah akan kelihatan garis ufuk. Tak kira betapa tinggi anda naik (berapa tinggi sangat anda boleh naik?). Mana2 lengkung (curvature) yg anda fikir anda lihat dari tingkap kapal terbang curved atau juga menerusi lensa kamera go pro dan juga fisheye lenses (yg nasa suka guna). Realitinya, horizon tak pernah bengkok garisannya.

Anda dapat perhatikan di kawasan yang lapang dan tiada halangan. Anda boleh lihat di laut, pandangan dari pesawat atau kapal terbang (kedudukan lebih tinggi) anda tidak akan melihat lengkungan disebabkan sfera bumi, tapi yang diperhatikan adalah garis lurus.

Bagaimana kita melihat kapal di laut yang semakin tenggelam? Bukankah ia menunjukkan bumi itu melengkung pada saat kapal itu bergerak menjauhi pemerhatian kita?

Ia adalah disebabkan perspektif. Cuba lihat jalan raya yang begitu panjang pada penghujungnya akan kelihatan semakin meruncing. Ini adalah disebabkan perspektif mata manusia dan disebabkan batas penglihatan manusia. Adakah dengan melihat jalan raya semakin meruncing kita katakan jalan raya itu semakin sempit? Pada keadaan asalnya adalah tidak. Cuma mata manusia sahaja yang melihatnya begitu. Oleh itu, kapal di lautan yang dilihat seolah-olah tenggelam sebenarnya tidak tenggelam, bahkan ia semakin jauh dan semakin kecil saiz sehingga menjadi titik yang sangat kecil lalu masuk ke dalam garisan ufuk akhirnya hilang dari pandangan (yang dilihat hanyalah garisan horizon/ garisan ufuk bumi) semua akan masuk ke garisan ufuk bumi kecuali matahari (lihat tajuk Altitud matahari yang tinggi menerangi bahagian atas langit sebelum matahari betul-betul terbit dari sebelah timur).

Uji dengan mengambil kamera berkuasa tinggi dan zoom. Anda akan dapati kapal masih di situ, cuma kapal itu semakin kecil sahaja (semakin jauh).

Uji dengan menggunakan laser berkuasa tinggi. Halakan ke arah laut (arah ufuk bumi). Anda akan lihat dihujung laser itu tidak pun menyentuh air. Ini menunjukkan tiada kelengkungan berlaku.

Bedford Level Experiment (is a series of observations carried out along a six-mile (9.7 km) length of the Old Bedford River on the Bedford Level, Norfolk, England, UK, during the nineteenth and early twentieth centuries, to measure the curvature of the Earth, maklumat dari google).

Bedford Level Experiment menunjukkan bahwa seluruh bahagian kapal akan terlihat sepenuhnya, ini membuktikan bahawa bumi tidaklah bulat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...