.

Tuesday, November 15, 2016

MENGAPA CN TOWER TORONTO BERSELINDUNG DI SEBALIK AIR TASIK ONTARIO?

Artikel ini akan menerangkan mengapa 184 meter menara CN di Toronto, Kanada berselindung di sebalik air Tasik Ontario?

Ada video dan gambar yang claim menara CN di Toronto berselindung di sebalik air tasik ontario.

Persoalan yang diberi:

1. Di mana bangunan rendah di bawah?

2. Di mana lagi 184 meter menara CN toronto hilang?

3. Menara atau bangunan tenggelam atau berada di sebalik air?

4. Bangunan tu pada satu kedudukan tetap kenapa vanish partial sahaja?

Perbincangan:

Ia masih di situ, sudah bergabung dengan garis ufuk. Objek itu hilang dari pandangan, bukan terlindung disebalik curvature bumi. Menara/ bangunan tidak pernah berada di sebalik air, kerana air itu sifatnya datar pada permukaan. Walaupun air suling sekalipun mahupun air laut yang ada solute/ bahan terlarut yang banyak iaitu di Laut Mati di sempadan Jerussalam, Palestin dan Jordan. Sifat kerataan itu masih sama.

Kita dapat memahami perkara ini dengan membezakan:

1. objek yang berada di bumi (bangunan, gunung-ganang dan lain-lain).
2. objek yang berada di langit (matahari dan bulan).

Konsepnya ialah:

1. objek di bumi akan bergabung dengan garis ufuk dan

2. objek besar di langit akan pergi ke belakang garis ufuk disebabkan rutin pergerakannya.

Saya akan membincangkan perkara yang pertama terlebih dahulu dan perkara kedua akan dibincangkan dalam artikel yang lain.

Dalam perspektif ada objek akan semakin mengecil sehingga hilang dari pandangan (vanishing point). Kalau benda panjang seperti jalan raya atau rel keretapi, ia akan mengecil sehingga kiri dan kanan bertemu menjadi titik. Untuk objek yang mempunyai ketinggian pula, yang lebih rendah sudah bergabung dengan garis ufuk dan yang tinggi pun sedang memendek pada setiap tingkat bangunan. Objek di bumi yang lebih rendah menemui titik vanishing lebih awal berbanding objek yang lebih tinggi. Bangunan mula untuk merge (bergabung) sedikit demi sedikit dari atas ke bawah/ memendek menara CN di Toronto Kanada itu. Akhirnya dengan jumlah dari setiap tingkat bangunan/ menara itu menunjukkan 184 meter sudah hilang (sebenarnya ia memendek/ mengecil).

Untuk bangunan atau menara yang tinggi ia akan mengecil dan menjadi vanishing point dan akhirnya bergabung dengan garis horizon, ia tak jadi vanish separuh-separuh bahkan ia sedang memendek dan perlu jarak yg lebih 64 km untuk memendek pada setiap level menjadi kecil sebelum ia masuk ke vanishing point itu. Jika jalan raya yang lurus semakin jauh kelihatan memendek kiri dan kanan akhirnya jadi vanishing point dan merge to the horizon, maka same concept to the bangunan atau menara yang lebih tinggi, ia akan memendek dari atas ke bawah, dalam masa yang sama apa yang berlaku ialah setiap level akan merge terlebih dahulu (mata manusia menterjemahkan ia sedang memendek) dan akhirnya menjadi vanishing point dan masuk ke garis ufuk.

CN Tower, Toronto Kanada masih lagi kelihatan dari jarak 64km iaitu dari Olcott, Amerika Syarikat. Gambar diambil perlu mengambil kira keadaan kualiti udara samada berjerebu ataupun humidity dan juga cahayanya. Gambar yang diambil dari Olcott adalah gambar yang di zoom oleh kamera DSLR.

Mengikut formula batas jarak penglihatan manusia kepada objek dengan mata kasar ialah objek setinggi 1 km boleh dilihat pada jarak 40km. (Sila baca artikel saya berkenaan batas penglihatan manusia dengan jarak).

http://hanifmenhad.blogspot.my/2016/10/batas-jarak-penglihatan-manusia.html

Mari kita analisis CN tower ini. Menara CN ini adalah berketinggian 553.33 meter, kita boleh andaikan ia adalah separuh dari satu kilometer. Sepatutnya menara ini hanya boleh kelihatan dengan mata kasar manusia dengan jarak maksimum 20km sahaja. Namun begitu, dengan teknologi yang ada sekarang, kita sudah boleh restore objek yang dikatakan objek yang dah vanish atau hilang. Restore balik objek hilang itu dengan visual aid (contohnya telescope, binocular, teropong dan sebagainya) bagi membuktikan objek tersebut vanish from sight dan bukannya terlindung disebabkan curvature of the earth. Ia tidak terlindung disebalik curvature bumi. Jadi object tersebut sebenarnya masih boleh dilihat, cuma dihadkan oleh pandangan mata. Jika objek yang dilihat melebihi jarak tertentu, teknologi pun ada hadnya.

Mari kita bandingkan bangunan di sebelah CN tower ini mengikut ketinggian dan arah boleh dipandang dari Olcott, US.

1. First Canadian Place 298m

2. Trump International Hotel and Tower 277m

3. Scotia Plaza 275m

4. Aura 272m

5. TD Canada Trust Tower 261m

6. One Bloor East 257m

7. Toronto-Dominion Tower 223m

8. Bay Adelaide Center West Tower 218m

9. Shangri-La Toronto 215m

10. Ritz-Carlton Toronto 210m

Manakala mengikut susunan paling hadapan hingga ke belakang jika dipandang dari Olcott ialah:

1. TD Canada Trust Tower 261m

2. Toronto-Dominion Tower 223m

3. Ritz-Carlton Toronto 210m

4. Scotia Plaza 275m

5. First Canadian Place 298m

6. Trump International Hotel and Tower 277m

7. Bay Adelaide Center West Tower 218m

8. Shangri-La Toronto 215m

9. Aura 272m

10. One Bloor East 257m

Manakala susunan dalam gambar pada jarak 64km yang boleh dilihat dari kanan ke kiri ialah:

1. One Bloor East 257m

2. Aura 272m

3. TD Canada Trust Tower 261m

4. First Canadian Place 298m

5. Toronto-Dominion Tower 223m

6. Shangri-La Toronto 215m

7. Ritz-Carlton Toronto 210m

8. CN Tower Toronto 553m

Kita perlu nisbahkan ketinggian CN tower kepada jarak bangunan di sebelahnya. Perlu diingatkan nilai nisbah yang valid hanyalah bangunan TD Canada Trust Tower yang berketinggian 261m. Ini kerana bangunan-bangunan lain kedudukannya adalah lebih ke belakang berbanding bangunan TD jika dipandang dari Olcott. Oleh itu bangunan yang ada lihat mengikut ketinggin pada jarak 64km bukanlah menunjukkan ketinggian sebenar disebabkan kedudukan sama ada di hadapan atau dibelakang mengikut susunan. Oleh itu bangunan yang lebih tinggi disebabkan kedudukannya di belakang kita akan nampak bangunan itu lebih rendah (sebanrnya lebih tinggi) dari Olcott. Sebagau contoh, lihat gambar analisis, bangunan paling kanan sekali dikenalpasti ia adalah bangunan One Bloor East berketinggian 257m. Sebelah bangunan One Bloor pula yang kelihatan bercantum adalah Aura berketinggian 272m. Bangunan yang paling tinggi selain CN Tower iaitu di tengah-tengah bangunan sebelah ialah TD berketinggian 261m (ada bentuk tirus lebih tajam). Walaupun Aura 272m, kelihatan lebih rendah dari TD disebabkan kedudukannya yang terkebelakang. Begitu juga bangunan di sebelah TD iaitu First berketinggian 289m lebih rendah disebabkan kedudukannya dibelakang. Sebelah daripada itu ialah bangunan Dominion berketinggian 223m kelihatan bercantum dengan First. Kelihatan bangunan tunggal disebelahnya pula ialah Shangri beketinggian 215m dan Ritz berketinggian 210m paling hampir dengan CN Tower.

Kemudian cari nisbah ketinggian sebenar cn tower kepada bangunan sebelah. Dan nisbah ini ganya valid untuk bangunan yang paling hadapan menghadap Olcott dari segi kedudukannya iaitu bangunan TD 261meter. 553m bahagi 261m ialah 2.118.

Seterusnya, kita nisbahkan ketinggian gambar pada jarak 64km yang di zoom menggunakan kaedah mengira ketinggian menara dan bangunan sebelah di gambar. Kita boleh print gambar dan ukur guna pembaris. Nilai yang akan diperolehi adalah CN tower 2.5cm dan bangunan TD pula ialah 1.15cm. Nisbahnya ialah 2.1739 .

2.118 dengan 2.1739 dianggarkan nisbah yang logik, sama dan sepadan.

Nisbah yg diperolehi ini membuktikan jarak dan nisbah itu adalah sama!

Kaedah lain yang boleh digunakan ialah import gambar-gambar CN tower ke dalam aplikasi microsoft power point dan gunakan fungsi crop, kemudian strech bangunan tersebut dengan menggunakan skala untuk menentukan nisbahnya samada sama atau sebaliknya.

Kesimpulannya, objek yang dilihat pada jarak jauh semakin kecil dan masuk / bergabung dengan garis horizon dan bukannya berselindung disebalik air tasik/ laut. Manakala objek yang lebih tinggi akan memendek pada setiap tingkat ketinggian itu sehingga ia mengecil dan seterusnya bergabung dengan garis ufuk.

Kajian ini juga membuktikan tiada lengkungan bumi berlaku. There is no curvature detected. Its only an assumption, not real. Kebanyakan pengiraan juga menggunakan bumi datar (flat earth assumption).

Perkara ini saya jadikan asas dalam perkiraan seperti di atas. Saya jumpa juga kajian di dalam link dari website Nasa yg menarik untuk kita lihat pada muka surat 30 dokumen mengikut laporan berkenaan atau 35 untuk muka surat pdf tersebut berkenaan "Derivation & Definition of A Linear Aircraft Model".

Concluding Remarks: This report derives and defines a set of linearized system matrices for a rigid aircraft of constant mass, flying in a stationary atmosphere over a flat, nonrotating earth. Both generalized and standard linear system equations are derived from nonlinear six-degree-of-freedom equation of motion and a large collection of nonlinear observation (measurement) equation.

Boleh baca di sini:

http://www.nasa.gov/centers/dryden/pdf/88104main_H-1391.pdf

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...