.

Sunday, November 13, 2016

CAHAYA MATAHARI PADA WAKTU MALAM (CAHAYA MALAM)

CAHAYA MATAHARI PADA WAKTU MALAM (CAHAYA MALAM)

Pada malam yg gelap sebenarnya matahari sedang bersinar di sebelah separuh lagi bahagian bumi yg mengalami siang. yang itu sudah pasti. namun sebahagian lagi mengalami malam juga sebenarnya sedang menerima gelombang cahaya matahari yang memberi kemudahan kepada hidupan pada waktu malam.

Buktinya ialah, ada haiwan yang bergantung kepada 'a very low frequency of sunlight wavelength' pada waktu malam untuk memburu dan sebagainya.

Bukti seterusnya ialah apabila kita capture guna kamera berdefinasi tinggi, kamera dslr kalau guna long exposure dalam gelap akan menimbulkan semua objek yg berada dalam gelap yg tak kelihatan oleh mata kita. itu disebabkan sensitiviti sensor kamera. paling mudah nak faham, tentang ISO pada kamera.

Bukti seterusnya, jika anda berada di kawasan yang tiada pencemaran cahaya ataupun sumber elektrik terputus (black out), sangat gelap pada awalnya. Selepas beberapa saat mata anda dapat menyesuaikan dengan keadaan sehingga anda masih dapat melihat dalam gelap walaupun tidak jelas.

Kajian lanjut adalah untuk membuktikan matahari sebenarnya masih berada di atas bumi, cuma sinarnya tidak sampai di kawasan yang sedang menghadapi waktu malam. Hanya gelombang berfrekuensi rendah sahaja yang dapat sampai di kawasan waktu malam ini. Perkara ini dapat difahami dengan ujikaji cahaya lampu suluh atau laser yg dihalakan ke hadapan secara mengufuk pasti ada had sampainya cahaya itu. Letakkan lampu suluh atau laser anda di situ dan terus berjalan ke arah hujung cahaya itu sampai. Begitu juga matahari, sebelah kawasan malam adalah had cahaya matahari sampai.

Fenomena biasa yg dilihat, cahaya matahari akan terlindung hanya disebabkan kepulan wap air iaitu awan. Keadaan redup berlaku.

Jika di negara-negara ada gurun pasir. Ketika ribut pasir melanda, keadaan menjadi sangat gelap sehingga sepatutnya waktu tengahari bertukar menjadi gelap gelita sehingga pemandu di jalan raya terpaksa membuka lampu kenderaan.

Kajian lanjut perlu untuk mengesahkan perkara ini. Semasa matahari mengorbit pada orbit summer solstice, iaitu keadaan siangnya lebih panjang dan malamnya lebih pendek. Pada masa ini matahari mengorbit bumi pada orbit yang lebih kecil. Oleh itu pada waktu malam atau langitnya adalah lebih terang berbanding malam-malam untuk orbit equinox dan juga orbit solstice winter. Frekuensi gelombang matahari di kawasan malam adalah lebih tinggi. Sebab itu malamnya juga terasa bahang panas cahaya matahari. 

Perkara dan fenomena ini tidak dapat diterangkan dalam konsep bumi sfera yang mana kejadian malam adalah disebabkan bayang-bayang bumi (earth's shadow). 

Setuju?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...