.

Thursday, October 27, 2016

KIRA JARAK ANTARA MATAHARI DAN BUMI

KIRA JARAK MATAHARI - BUMI

Bilangan 3
(10 NOVEMBER 2016)

Saya berada di Labis, Johor, Malaysia. Berada di titik A (2.375455N, 103.013189E). Tempat matahari berhampiran adalah di titik B (34.204342S,179.875088E) Di Auckland, New Zealand.

Bayang-bayang yang diukur pada pukul 08:06 waktu di Malaysia.

Tinggi tiang yang digunakan adalah 16cm. Panjang bayang-bayang tiang yang diukur adalah 52.5cm.

Cari sudut, tan teta= Tinggi tiang bahagi panjang bayang-bayang.

Tan teta = 16 cm bahagi 52.5 cm = 0.3047619

Atau sudut teta ialah 16.94922398 darjah.

Gunakan google maps untuk measure distance daripada titik B ke titik A.

AB = 8558km

Cari ketinggian matahari. Mari mulakan.

Tan teta = 0.3047619
Tan teta = ketinggian matahari bahagi AB (jarak Labis ke Auckland).

Ketinggian Matahari = 8558 km di darab dengan 0.3047619

Ketinggian matahari = 2608.152 km

Ulasan:
Sebelum ini saya menyatakan teori flat earth adalah 3000 batu (miles) ataupun 4800km. Namun teori ini hanyalah sandaran sahaja, bukan fix. Ia untuk memudahkan saya membuat perbandingan sahaja.

Bacaan kali ini ialah 2608.152km.
Bezanya ialah 2191.848km. Maklumat dari takwim solat di Auckland (boleh google cari), waktu zohor masuk adalah jam 01:05PM. Beberapa minit sebelum waktu zohor adalah istiwa di kawsan itu. Jika di samakan dengan waktu di Malaysia adalah bersamaan pukul 08:05 pagi.

Ini adalah kali pertama cerapan dibuat semasa istiwa atau waktu zohor di lokasi kedua (B). Semasa cerapan dilakukan adalah semasa masuk waktu zohor. Nilai ini sepatutnya adalah hampir tepat. Kita perlukan nilai seperti ini lebih banyak sebelum membuat kesimpulan.

Jarak AB diambil menggunakan google maps, oleh itu saya tidak tahu samada formula jarak yang digunakan menggunakan assumption bumi datar ataupun dengan mengambil kira curvature bumi.

Saya sedang bangunkan database dan formula kira jarak matahari menggunakan data asas untuk mengumpulkan sebanyak mungkin cerapan seumpama ini untuk sepanjang tahun. Apabila data ini lengkap diambil sepanjang tahun, maka ketika itu bolehlah kita membuat kesimpulan. Ini kerana pada inferens saya, jika data yang diperolehi adalah sama sepanjang tahun, faktor awan yang membias dan menyerakkan cahaya matahari yang menyebabkan cahaya matahari dan bayang-bayang yang terhasil menunjukkan matahari itu hanya beberapa ribu kilometer boleh diabaikan.

Bilangan 2
(4 NOVEMBER 2016)
Saya berada di Muar, Johor, Malaysia. Berada di titik A (2.0235N, 102.61E). Tempat matahari berhampiran adalah di titik B (18.917S,47.517E) Madagascar.

Bayang-bayang yang diukur pada pukul 16:47 waktu di Malaysia.

Tinggi tiang yang digunakan adalah 100cm. Panjang bayang-bayang tiang yang diukur adalah 229cm.

Cari sudut, tan teta= Tinggi tiang bahagi panjang bayang-bayang.

Tan teta = 100 cm bahagi 229 cm =0.4367

Atau sudut teta ialah 23.59 darjah.

Gunakan google maps untuk measure distance daripada titik B ke titik A.

AB = 6514km

Cari ketinggian matahari. Mari mulakan.

Tan teta = 0.4367
Tan teta = ketinggian matahari bahagi AB (jarak Muar ke Madagascar).

Ketinggian Matahari = 6514km di darab dengan 0.4367

Ketinggian matahari = 2844.66km

Ulasan:
Mengikut teori Flat Earth, ketinggian Matahari adalah 3000 batu (miles) ataupun 4800km. Bezanya ialah 1955km. Maklumat dari takwim solat di Madagascar (boleh google cari), waktu zohor masuk adalah jam 11:35. Beberapa minit sebelum waktu zohor adalah istiwa di kawsan itu. Jika di samakan dengan waktu di Malaysia adalah bersamaan pukul 16:35 petang.

Semasa cerapan dilakukan adalah sudah 12 minit selepas masuk waktu zohor. Perbezaan masa ini sudah dijangkakan berbeza dengan bacaan panjang bayang-bayang tiang tadi seterusnya sudut yang diperolehi adalah bukan pada waktu istiwa (lewat 12minit, memberi beza 1955km).

Beza yg lalu, cerapan waktu pagi adalah beza 30minit dengan 830km. Manakala cerapan pada waktu petang dengan beza 12 minit bezanya adalah 1955km.

Dari segi nilai yang diperoleh. Kita dapat simpulkan. Jika pada sebelah pagi cerapan dibuat, semakin lewat masa diambil dari masa istiwa di kawasan yg ditetapkan, semakin tinggi nilai jarak matahari- bumi.

Jika pada sebelah petang cerapan dibuat, semakin lewat masa diambil dari masa istiwa di kawasan yg ditetapkan, semakin rendah nilai jarak matahari-bumi.

Pada waktu pagi, matahari semakin datang/ hampir ke lokasi pencerap. Pada waktu petang, matahari semakin pergi/ jauh dari lokasi pencerap.

....

Bilangan 1
(28 OKTOBER 2016)

Saya berada di Muar, Johor, Malaysia. Berada di titik A (2.0235N, 102.61E). Tempat matahari berhampiran adalah di titik B (27.47S,153.024E) Brisbane, Australia.

Bayang-bayang yang diukur pada pukul 10:00 waktu di Malaysia.

Tinggi tiang yang digunakan adalah 100cm. Panjang bayang-bayang tiang yang diukur adalah 112cm.

Cari sudut, tan teta= Tinggi tiang bahagi panjang bayang-bayang.

Tan teta = 100 cm bahagi 112 cm =0.89285

Atau sudut teta ialah 63.23 darjah.

Gunakan google maps untuk measure distance daripada titik B ke titik A.

AB = 6306km

Cari ketinggian matahari. Mari mulakan.

Tan teta = 0.89285
Tan teta = ketinggian matahari bahagi AB (jarak Muar ke Brisbane).

Ketinggian Matahari = 6306km di darab dengan 0.89285

Ketinggian matahari = 5630km

Ulasan:
Mengikut teori Flat Earth, ketinggian Matahari adalah 3000 batu (miles) ataupun 4800km. Bezanya ialah 830km. Maklumat dari takwim solat di Brisbane (boleh google cari), waktu zohor masuk adalah jam 11:30. Beberapa minit sebelum waktu zohor adalah istiwa di kawan itu. Jika di samakan dengan waktu di Malaysia adalah bersamaan pukul 09:30 pagi.

Semasa cerapan dilakukan adalah sudah 30minit selepas masuk waktu zohor. Perbezaan masa ini sudah dijangkakan berbeza dengan bacaan panjang bayang-bayang tiang tadi seterusnya sudut yang diperolehi adalah bukan pada waktu istiwa (lewat 30minit, memberi beza 830km).

Ini dapat dijadikan hipotesis awal, bahawa jarak antara matahari dan bumi adalah dekat. Bukannya 93juta batu jauhnya.

Jika dihimpunkan sejumlah ujikaji seperti di atas, kita akan dapat jarak yang lebih tepat.

Cabaran seterusnya. Siapa dapat copy paste saya punya frame kiraan ini dan post ke ruangan komen di bawah ini dengan ubah data cerapan sendiri. Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...