.

Sunday, October 30, 2016

BATAS JARAK PENGLIHATAN MANUSIA MENGIKUT OBJEK DILIHAT

Jarak Penglihatan Manusia Mengikut Saiz Objek Dilihat.

Jika anda mahu melihat objek jauh dengan jelas. Anda perlu pastikan objek itu mempunyai ketinggian 1km dengan lebar lebih kurang 5km (kiraan kepada gunung) dan jarak maksimum antara anda dengan objek itu adalah 40km.

Jika anda ingin mengujinya. Ianya mudah, guna Aplikasi Google Maps, Cari puncak tertinggi di kawasan anda seperti menara pencawang (10m- 628.8m, samada di atas bangunan atau atas tanah), bangunan, bukit, gunung dan objek-objek lain yang relevan. Klik kepada measure distance dan cari radius keliling yang anda boleh pergi dan tandakan. Anda terus bergerak ke tempat yang anda sudah tandakan. Dari situ, anda berdiri dan cuba cari puncak tertinggi yang anda kira tadi.

Barikut adalah sedikit panduan kira-kira:

Tinggi Objek : Jarak Boleh Lihat

10m : 400m
20m : 800m
30m : 1.2km
40m : 1.6km
50m : 2.0km
60m : 2.4km
70m : 2.8km
80m : 3.2km
90m : 3.6km
100m : 4km
200m : 8km
300m : 12km
400m : 16km
500m : 20km
600m : 24km
700m : 28km
800m : 32km
900m : 36km
1km : 40km
2km : 80km

Bagaimana  cara kita melihat garis ufuk (horizon), begitu juga sama cara kita melihat ke hadapan. Kiri dan kanan adalah rata, kehadapan juga adalah rata. Pada jarak yang terhad pada mata pandangan manusia juga bergantung berapa besar dan tinggi objek itu. Atau jika melebihi batas ia akan masuk ke garisan ufuk (horizon). Flat Earth.

Ujikaji melihat objek dengan mata kasar.

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) berketinggian, 1.276km. Ia boleh dilihat dari Taman Rekreasi, Tanjung Emas  Muar. Ukuran 1.2km tinggi dan 5km lebar boleh dilihat sejauh 40km radius (Jarak dari kedudukan gunung ledang ke tanjung emas muar).

Jika di gunung everest, berdasarkan nisbah kiraan puncak G. Ledang yg boleh dilihat dari jarak 40km untuk ketinggian 1.2km. Maka Gunung Everest berketinggian 8.848km boleh dilihat sejauh 294.93km hingga  353.92km radius.

Sila lakukan ujikaji yang sama untuk sama-sama berkongsi hasilnya. Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...