.

Tuesday, September 29, 2015

APA YANG SAYA BELAJAR TENTANG BISNES HARI INI

Assalamualaikum dan Salam Hormat.

Berikut adalah catatan saya berkenaan bisnes mengikut apa yang saya faham. Mungkin ini boleh dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada anda sebagai pembaca walaupun ianya adalah catatan peribadi sahaja untuk rujukan di masa hadapan. Walaubagaimana pun saya berpandangan positif terhadap bisnes. Harap dapat belajar sesuatu.

- Potensi besar untuk membina kekayaan adalah dengan memahirkan diri dengan perkara asas bisnes. 

- Hari ini kalau saya ada 100 ribu ringgit, minggu depan belum tentu masih ada 100 ribu itu.

- Jika hari ini modal menjadi penghalang berbisnes, ada orang mempunyai modal, tapi bisnes lingkup juga. Modal bukanlah perkara utama dalan berbisnes.

- Kita perlu setkan matlamat untuk membina kekayaan dengan membina bisnes. 

- Bisnes bukan hanya beli dan jual sahaja. Bisnes adalah seni kemahiran yang boleh dan perlu dipelajari.

- Siapa yang berbisnes tanpa ilmunya, sebenarnya ia hanya berjudi.

- Siapa yang baru mula berbisnes dalam masa satu dua hari dia sepatutnya sudah dapat merasai sama ada dia akan untung atau lingkup.

- Untuk selamat, jadikan margin untung mesti lebih besar 10 kali ganda dari kos niaga termasuk logistik, promosi, lain-lain perkhidmatan sampingan dan lain-lain kos pengurusan.

-

-



- Mindset berbisnes yang betul adalah bisnes untuk bantu ramai orang.

- Dosa merosakkan ekonomi sehingga menyusahkan ramai orang contohnya dengan meredhai riba, judi, gharar dan lain-lain perkara yang haram adalah lebih teruk dari dosa zina, minum arak, mencuri yang mana dosa itu terhad kepada diri sendiri atau individu tertentu sahaja. (bukan maksudnya zina, minum arak dan mencuri tidak harap, ia tetap haram dan dosa besar, ianya hanya perbandingan antara dosa-dosa).

- Bisnes ada banyak teknik, kemahiran dan seninya.

- Untuk perkara dunia, orang yang berkemahiran tinggi (tinggi ilmunya seperti marketing, memimpin, ilmu menjual) adalah berpotensi untuk mempunyai pendapatan yang lebih tinggi. Namun, untuk perkara akhirat, tidak semestinya orang berilmu dapat masuk syurga, orang jahil pun boleh masuk syurga.

- Teknik bisnes permulaan ialah, bukan cari produk, tetapi cari idea bisnes.

- Kata-kata orang cerdik pandai, 9/10 rezeku datang dari perniagaan.

- Seni/ kemahiran mengurus sangat penting dalam memaksimumkan income satu-satu idea bisnes.

- Jangan mulakan dengan meminjam @ buat loan untuk berbisnes. Meminjam hanya untuk mengembangkan bisnes sahaja.

- Bisnes ni macam bayi. Setiap hari dan setiap masa kita perlu jaganya. Sehingga lah ia benar-benar boleh berdikari, insyaAllah ia akan memberi kita manfaat dunia akhirat.

....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...