.

Tuesday, October 22, 2013

UJIAN KOMPETENSI ICT GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH OKTOBER 2013

ujian ict

Kementerian Pelajaran Malaysia sedang melaksanakan Ujian Kompetensi ICT terhadap Guru dan Pentadbir sekolah. Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan. 

Berikut adalah tarikh penting ujian mengikut negeri dan zon untuk melaksanakan ujian tersebut:

1) Perlis, Perak, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang (sistem ditutup pada 22 Oktober 2013 jam 12 malam)
2) P.Pinang, Kedah dan WP Labuan (sistem ditutup pada 24 Oktober 2013 jam 12.00 malam)

Sila ikut tarikh seperti berikut untuk mengelakkan kesesakan sistem:

26 Sep - 02 Oct 2013 - Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct - 08 Oct 2013 - Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct - 16 Oct 2013 - P.Pinang, Kedah dan WP Labuan
17 Oct - 22 Oct 2013 - Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan Johor
23 Oct - 31 Oct 2013 - Sabah, Sarawak dan Selangor

Makluman: 
* Sekiranya mempunyai masalah, anda boleh rujuk ke Soalan Lazim ("FAQ") atau boleh hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 (Isnin - Jumaat: 8am hingga 6pm) atau di email helpdesk@opulens-sa.com
* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Arahan Penting:

UNTUK PAPARAN YANG BAIK, SILA GUNAKAN BROWSER INTERNET EXPLORER 8 KE ATAS ATAU GOOGLE CHROME / FIREFOX YANG TERBARU

1) JANGAN GUNAKAN BUTANG 'BACK' di browser untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
2) SEKIRANYA BERLAKU KELEWATAN SISTEM ATAU INTERNET PERLAHAN, JANGAN TEKAN BUTANG 'SETERUSNYA' BERULANG KALI untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
3) SEKIRANYA SISTEM TIDAK ADA RESPON, ANDA BOLEH LOG KELUAR DAN TUTUP SEMUA BROWSER DAN BUKA BROWSER YANG BARU UNTUK SAMBUNG MENGAMBIL UJIAN.
4) Nombor kad pengenalan adalah sulit dan peribadi. Jangan berkongsi untuk ujian ini.
5) Log keluar selepas selesai sesi ujian.
6) Pastikan guna skrin browser yang baharu (dimana tutup dan buka skrin browser) 
7) Tutup browser selepas menggunakan sistem ini.

contoh soalan ujian kompetensi ICT


Apabila selesai:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...