.

Wednesday, August 7, 2013

SALAM AIDILFITRI 1434H

Alhamdulillah. 29 hari berpuasa tahun ini mudah-mudahan telah berjaya membawa pelbagai perubahan kepada kehidupan kita tatkala Madrasah Ramadhan berkunjung tiba. Ramadhan tahun ini memberi banyak erti hidup, juga telah mengajar saya akan kesederhanaan dalam berbelanja.

Persiapan menjelang Syawal kali ini juga sudah tidak seperti dulu. Bersederhana adalah lebih baik. Maka makna disebalik Syawal itu jauh lebih penting. Hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Apa yang jauh lebih penting adalah, penghayatan kita dan peningkatan iman dan amal serta kecintaan kita kepada Allah s.w.t.

Akhir kata, Salam Lebaran buat semua pembaca setia Blog Hanif Menhad ini. Andai ada tersalah bicara di ruangan ini, saya dahulukan ampun dan maaf, zahir dan batin. Selamat berhari raya.

p/s:

1. lampiran doa & takbir hari raya
2. teks khutbah hari raya 1434H


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...