.

Saturday, April 6, 2013

PRU13 : SEMAK DAFTAR PEMILIH SPR SECARA ONLINE, SMS, ATAU TALIAN TALIPON


PRU13: Semak Daftar Pemilih SPR Secara Online, SMS atau talian talipon. Setelah pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 April 2013 lalu, maka peranan dan hak rakyat sebagai pengundi untuk memilih para pemimpin serta parti politik yang akan meneraju tampuk pemerintahan negara pada PRU13 kali ini.



Adakah anda telah mendaftar sebagai pengundi? Bagi yang telah mendaftar anda bolehlah membuat semakan memalui tiga cara iaitu secara online, SMS ataupun melalui talian talipon.

Semakan melalui laman web

Klik link Semakan Daftar Pemilih atau Semakan Isi Rumah di laman web SPR -

http://www.pru13.gov.my/default.semakan.php

atau boleh terus ke laman web

http://www.pru13.gov.my/default.php

Masukkan No. K/P (tanpa tanda "-" ) dan klik SEMAK.

Semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Taip SPR [jarak] SEMAK [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888

Semakan melalui talian telefon

- Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang).

Belum daftar mengundi?

Bagi anda yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
    Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62690 Putrajaya
    No. Telefon: 03-88856686

(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri

(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara

(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
    Tiada aktiviti ketika ini

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri.          
 
    Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/home

Pihak SPR juga telah melancarkan laman web khas PRU13 pada 30 Januari 2013 yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13. Boleh ke link ini : www.pru13.gov.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...